Pemeriksaan air kencing ke atas pemandu bas ekspres oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setiap hari di terminal bas adalah secara rawak sahaja dan bukan ke atas pemandu yang sama, kata Timbalan
Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.
Aziz berkata kenyataannya disalah tafsir oleh sesetengah media menyebabkan sangkaan pemandu bas ekspres akan menjalani ujian air kencing setiap hari.
"JPJ akan melakukan ujian setiap hari, tetapi terminal dipilih secara rawak dan bukan ke atas terminal dan pemandu yang sama," katanya selepas menghadiri sambutan 'South Africa 20th Anniversary of Freedom' di sini hari ini.
Aziz menghadiri majlis berkenaan sebagai mewakili kerajaan Malaysia dan turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan, Thami Dennis Mseleku.
Mengulas lanjut Aziz berkata sehubungan itu semua pemandu bas perlu bersedia untuk dikenakan ujian air kencing pada bila-bila masa.
Aziz juga menasihatkan syarikat pengusaha bas agar lebih mendisplinkan pemandu dengan mengingatkan mereka supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Sebelum ini Aziz mengumumkan anggota JPJ akan menjalankan ujian air kencing ke atas pemandu bas ekspres di terminal bas pada setiap hari mulai semalam.
Beliau berkata operasi yang melibatkan seramai kira-kira 8,600 pemandu ini akan dilaksanakan dengan kerjasama di antara JPJ dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Bernama
Thu Apr 24 2014
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Pelan Induk Perkapalan Malaysia bakal dimuktamad hujung tahun ini
Pelan Induk Perkapalan Malaysia yang dirangka bagi merancak industri perkapalan negara bakal dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.
Tambang ERL: Kerajaan akan bertemu SPAD untuk kaji semula caj
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata kenaikan caj tambang ERL itu terjadi setelah 14 tahun kerajaan menolak kelulusannya.
Korea Selatan minat bida projek landasan HSR KL-Singapura - Aziz Kaprawi
Korea Selatan melahirkan minat untuk membida projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang dicadangkan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
400 parameter data kotak hitam helikopter perlu dianalisis
Sejumlah 400 parameter rakaman data kotak hitam helikopter yang terhempas di Semenyih masih perlu dianalisis.
Kadar baharu tambang bas masih dalam perbincangan - Aziz
Kementerian Pengangkutan masih dalam perbincangan bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung kadar tambang bas.
Ujian air kencing ke atas pemandu bas ekspres secara rawak sahaja - Aziz
Pemeriksaan air kencing ke atas pemandu bas ekspres oleh JPJ setiap hari di terminal bas adalah secara rawak sahaja, kata Aziz.
Hishammuddin beri jaminan tiada lagi penundaan tarikh operasi klia2
Sebuah jawatankuasa khas di peringkat kementerian yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi telah ditubuhkan bagi memantau perjalanan projek itu.