awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian kecekapan bahasa Inggeris bantu tingkat keyakinan diri pegawai kerajaan

Bernama
Bernama
09/06/2018
07:18 MYT
Ujian kecekapan bahasa Inggeris bantu tingkat keyakinan diri pegawai kerajaan
MASZLEE: Kalau pegawai kita gagal berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan standard yang baik, ia akan mencemarkan reputasi negara.
Keputusan mewajibkan pegawai kanan kerajaan mengambil ujian kecekapan bahasa Inggeris akan memastikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi apabila berkomunikasi dengan pihak asing.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata ini penting kerana Malaysia menjadi tumpuan dunia yang mahu mempelajari bagaimana negara mengendalikan proses peralihan kuasa secara aman baru-baru ini.
"Sudah tentu ramai (pihak asing) akan bertanya dan ingin belajar dengan Malaysia, tapi kalau pegawai kita gagal berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan standard yang baik, ia akan mencemarkan reputasi negara... dan ia akan menjadi cabaran kepada pegawai tinggi kerajaan untuk meningkatkan martabat negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan dan lawatan di sini, hari ini.
Rabu lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pendekatan baharu yang mewajibkan pegawai kanan kerajaan mengambil ujian berkenaan sebagai menambah baik kecekapan Bahasa Inggeris mereka.
Dalam pada itu, Maszlee yang juga Anggota Parlimen Simpang Renggam berkata sebuah kolej komuniti dan politeknik metro akan dibangunkan bagi meningkatkan akademik komuniti di kawasan itu.
Bagaimanapun, projek yang masih dalam kajian itu tidak memerlukan bangunan baharu untuk dibina dan akan menggunakan bangunan sudah siap sebagai pusat pembelajaran dan pengajaran.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahasa Inggeris
#Maszlee Malik
#Menteri Pendidikan
#pegawai kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan