awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian pemeriksaan imigresen guna kod QR di KSAB lancar

Bernama
Bernama
04/06/2024
10:15 MYT
Ujian pemeriksaan imigresen guna kod QR di KSAB lancar
Ruslin memaklumkan pelaksanaan pemeriksaan imigresen menggunakan Kod QR adalah dalam proses percubaan secara Pembuktian Konsep (POC) untuk tempoh tiga bulan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Proses pengujian pemeriksaan imigresen menggunakan Kod QR untuk perkhidmatan bas dan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor bermula 1 Jun lepas berjalan dengan lancar.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata pelaksanaan pengujian itu mendapat maklum balas positif daripada pengguna dengan berdasarkan rekod, 117,000 pengguna memuat turun aplikasi tersebut dan 13,846 pengguna telah menggunakannya.
Beliau berkata proses pengujian yang sama turut dilaksanakan di laluan penumpang bas di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
"Imigresen kini dalam peringkat akhir memperkemaskan keperluan-keperluan aplikasi Kod QR bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ini," katanya.
Ruslin memaklumkan pelaksanaan pemeriksaan imigresen menggunakan Kod QR adalah dalam proses percubaan secara Pembuktian Konsep (POC) untuk tempoh tiga bulan.
Beliau berkata dalam tempoh itu, penggunaan Kod QR hanya melibatkan warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bas dan motosikal di CIQ KSAB serta perkhidmatan bas di CIQ BSI.
Jabatan Imigresen Malaysia katanya sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan Kod QR di CIQ KSAB dan CIQ BSI berjalan lancar bagi memudahkan pergerakan keluar dan masuk di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KSAB
#kod QR
#pemeriksaan imigresen
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan