KUALA LUMPUR:Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) mahu United Kingdom (UK) membukakan pasarannya lebih luas lagi bagi minyak sawit Malaysia.
Pengerusinya Datuk Lee Yeow Chor berkata Malaysia memiliki sistem yang baik untuk mematuhi pelbagai undang-undang perlindungan alam sekitar, hak buruh dan keselamatan di tempat kerja, yang merupakan kriteria penting untuk menembusi pasaran UK.
"Kita boleh gunakan amalan ini untuk mempromosikan kriteria kelestarian kita bagi aspek pengeluaran minyak sawit dan saya percaya ia akan menjadi platform yang baik bagi kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi temu bual langsung bertajuk "Palm Oil's Future in Southeast Asia" yang dianjurkan oleh majalah Asia Palm Oil bersempena dengan Ekspo Maya Minyak Sawit Dunia 2020, semalam.
Ditanya sama ada Brexit dianggap sebagai peluang bagi minyak sawit Malaysia kerana UK kini boleh merangka peraturan mereka sendiri, Lee berkata UK kini bebas untuk mengawal selia perdagangan daripada perspektif mereka sendiri.
Menurutnya, negara itu perlu mempunyai lebih tinjauan global dan bukannya tinjauan berpaksikan Eropah selepas keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) pada 21 Jan tahun ini.
Menjawab soalan yang sama, Pengarah Eksekutif Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) Tan Sri Yusof Basiron berkata sekiranya Brexit berlaku dengan perjanjian, EU akan menerapkan lebih banyak penyelarasan bagi UK untuk mengendalikan hubungan perdagangan mereka.
"Tetapi sekiranya UK keluar tanpa sebarang perjanjian, ia akan menjadi pilihan terbuka bagi negara itu untuk berunding dengan pembekal seperti negara-negara pengeluar minyak sawit; dan dengan cara ini, peluang masih terbuka kerana minyak sawit akan terus memasuki pasaran UK secara tetap tanpa terlalu banyak halangan dikenakan, yang nampaknya berlaku di EU buat masa ini," katanya.
Yusof berkata terserah kepada negara-negara pengeluar minyak sawit untuk berunding pada bulan-bulan akan datang atau dalam tempoh terdekat ini bagi memastikan minyak sawit terus menikmati akses pasaran di UK.
"Minyak sawit di UK tidak mencukupi bagi penggunaan harian mereka dan bagi keperluan biofuel, dan oleh itu, mereka mengimport secara tetap kira-kira setengah juta tan metrik setiap tahun, jadi ini merupakan peluang bagi kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 25 2020
Yusof berkata terserah kepada negara-negara pengeluar minyak sawit untuk berunding bagi memastikan minyak sawit terus menikmati akses pasaran di UK. - Gambar hiasan
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
UK harus buka pasaran lebih luas bagi minyak sawit Malaysia - MPOA
Malaysia memiliki sistem yang baik untuk mematuhi pelbagai undang-undang perlindungan alam sekitar, hak buruh dan keselamatan di tempat kerja.
Harga melonjak sehingga RM3,000 setan, pendapatan peneroka sawit bertambah
Kenaikan harga kelapa sawit ternyata memberi berita gembira kepada pekebun kecil termasuk peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).