awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine, Belanda bincang kerjasama siasatan nahas MH17

Bernama
Bernama
12/12/2017
03:55 MYT
Ukraine, Belanda bincang kerjasama siasatan nahas MH17
Pesawat Malaysia Airlines MH17 telah terhempas dalam zon konflik di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - Gambar fail
Ketua agensi penguatkuasaan undang-undang Ukraine dan Belanda mengadakan pertemuan di sini pada Isnin bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua negara berhubung siasatan nahas pesawat MH17, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Ukraine.
Pertemuan itu dihadiri oleh Pendakwa Raya Ukraine, Yury Lutsenko; rakan sejawat beliau dari Belanda iaitu Fred Westerbeke; Ketua Bahagian Siasatan Nasional Polis Belanda, Wilbert Paulissen dan Ketua Perkhidmatan Keselamatan Negara Ukraine, Vasyl Grytsak.
Semasa perbincangan, kesemua pegawai telah bertukar-tukar pandangan berhubung keputusan interim siasatan itu dan berikrar untuk terus menyelaras kerjasama mereka dalam Pasukan Siasatan Bersama (JIT) dalam usaha mengheret pesalah yang menyebabkan nahas tersebut berlaku ke muka pengadilan.
Pesawat Malaysia Airlines MH17 telah terhempas dalam zon konflik di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Kesemua 298 yang berada dalam pesawat itu terkorban, termasuk 196 rakyat Belanda.
Pada Ogos 2014, pihak berkuasa dari Belanda, Australia, Belgium, Ukraine dan Malaysia telah menubuhkan JIT untuk menjalankan siasatan jenayah berhubung nahas itu.
Satu laporan yang disiarkan oleh JIT pada September 2016 merumuskan bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia dari sebuah wilayah di timur Ukraine, yang dikuasai puak pemberontak yang berjuang menuntut kemerdekaan.
Moscow dan kepimpinan pemberontak di timur Ukraine telah menafikan dakwaan itu dan berkata pesawat malang tersebut ditembak oleh peluru berpandu dari sebuah wilayah yang dikuasai tentera kerajaan Ukraine.
Pada Disember 2016, JIT berkata ia telah mengenal pasti kira-kira 100 orang yang mempunyai kaitan dengan nahas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanda
#interim
#JIT
#Malaysia Airlines
#MH17
#Moscow
#Pasukan Siasatan Bersama
#siasatan
#Ukraine
#Yury Lutsenko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan