awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel
MALAYSIA
Juruterbang rugi lebih RM190,000 terperdaya tawaran pakej haji palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Ukraine rayu Malaysia perkukuh bantuan kemanusiaan

Bernama
Bernama
24/06/2025
13:31 MYT
Sponsor Banner
Ukraine rayu Malaysia perkukuh bantuan kemanusiaan
Mykhailiuk berkata Ukraine membayangkan peranan penting Malaysia sebagai rakan awal dalam pelan pemulihan pantas untuk membina semula infrastruktur negara sebaik sahaja konflik berakhir. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ukraine merayu kepada Malaysia untuk mengukuhkan bantuan kemanusiaan dengan keperluan mendesak dikenal pasti dalam bekalan perubatan, peralatan menyelamat dan sokongan pemulihan pasca konflik.
Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Ukraine di Malaysia Denys Mykhailiuk berkata, keperluan paling penting ketika ini termasuk operasi menyelamat, nyah periuk api pasca konflik, siasatan forensik terhadap dakwaan jenayah perang, serta peralatan kejuruteraan dan tenaga.
"Kita perlukan pelbagai bantuan, tetapi bagi keperluan segera adalah untuk tindak balas kecemasan, hospital medan, peralatan menghentikan pendarahan, peralatan pembedahan serta peralatan kejuruteraan dan tenaga.
"Pembuatan Malaysia sangat diperlukan. Untuk membina semula infrastruktur dan jambatan serta membersihkan runtuhan, kita perlukan jentolak, pengorek, lori dan jentera berat lain.
"Kami juga perlukan bantuan antarabangsa yang besar. Jika Malaysia dapat turut serta, ia amat dialu-alukan," katanya.
Pada Februari 2023, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan telah menyumbang bantuan perubatan bernilai RM227,984 kepada Kerajaan Ukraine yang merangkumi ubat-ubatan seperti tablet Levothyroxine Sodium 100 mcg, Fentanyl Citrate 50 mcg/milliliter (ml) dalam suntikan 2 ml, Amikacin 250 mg/ml dalam suntikan 2 ml dan suntikan Propofol 10 mg/ml.
Mykhailiuk berkata Ukraine membayangkan peranan penting Malaysia sebagai rakan awal dalam pelan pemulihan pantas untuk membina semula infrastruktur negara sebaik sahaja konflik berakhir.
"Malaysia juga mungkin menjadi pintu masuk bagi barangan Ukraine ke pasaran ASEAN memandangkan negara ini mempunyai infrastruktur dan kemudahan pelabuhan yang paling maju," katanya.
Konflik antara Rusia dan Ukraine sejak Februari 2022 telah mengorbankan lebih 13,341 orang awam dan mencederakan lebih 32,744 orang, menurut Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#bantuan kemanusiaan
#keperluan mendesak
#operasi menyelamat
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami