Skip to main content

Malaysia

Ulang tahun ke-30, Astro tampil dengan kandungan percuma dan ganjaran istimewa

Astro 30
Astro meraikan ulang tahun ke-30 dengan pengenalan pelbagai tawaran khas sebagai tanda penghargaan kepada jutaan rakyat Malaysia yang menyokong syarikat itu sejak tiga dekad lalu. - Astro
Advertisement

KUALA LUMPUR: Astro melancarkan sambutan ulang tahun ke-30 dengan pelbagai tawaran kandungan, ganjaran dan pengalaman eksklusif sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong syarikat itu selama tiga dekad.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, sambutan tersebut merupakan tanda penghargaan kepada jutaan rakyat Malaysia yang menjadikan Astro sebahagian daripada kehidupan mereka, sekali gus menyokong perjalanan Astro sebagai peneraju kandungan negara.

"Bermula Ogos hingga Disember ini, pelanggan akan menikmati pelbagai ganjaran istimewa. Antaranya, akses percuma kepada semua saluran Astro dari 15 Ogos hingga 16 September, selain dua saluran khas sempena ulang tahun ke-30 iaitu Astro 30 (Saluran 100) dan Aniplus (Saluran 120).

"Saluran Astro 30 akan menampilkan pelbagai filem blockbuster, konsert dan program popular, manakala Aniplus menawarkan siri anime terbaharu dan popular dari Jepun sehingga hujung tahun ini.

"Selain itu, pelanggan Astro turut mendapat akses kepada Astro X3 di TV pintar tanpa memerlukan dekoder, manakala pelanggan NJOI akan menikmati empat saluran tambahan secara percuma yang menjadikan jumlah keseluruhan saluran percuma kepada 26," katanya. 

Sehubungan itu, sambutan itu turut diperluaskan ke peringkat komuniti menerusi KITA FM 2026: Satu Nama, Satu Suara, yang menghimpunkan kesemua jenama Astro Audio dalam jelajah seluruh negara sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Kemuncak sambutan akan berlangsung pada 23 Ogos 2026 menerusi Astro 30th Anniversary Showcase di Pavilion Kuala Lumpur bakal menampilkan artis terkenal seperti Faizal Tahir, Sherry Al Hadad, Stacy Anam, ALPHA dan Vanessa Reynauld, selain peluang bertemu barisan pelakon serta personaliti Astro.

Malah, pelanggan Astro terpilih juga bakal menikmati pengalaman eksklusif dari Zon VIP Rock, yang memberi peluang kepada mereka untuk berada lebih dekat dengan artis dan selebriti kegemaran.

Astro menyambut ulang tahun ke-30 tahun ini dengan pelbagai tawaran kandungan dan pengalaman eksklusif buat pelanggan, sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan rakyat Malaysia.

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement