awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ulang tahun keputeraan Yang Dipertua Pulau Pinang: KSU Kementerian Komunikasi terima DGPN

Bernama
Bernama
29/07/2025
04:00 MYT
Ulang tahun keputeraan Yang Dipertua Pulau Pinang: KSU Kementerian Komunikasi terima DGPN
Ramli (kanan) mengurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Mohamad Fauzi pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang, hari ini. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa hari ini dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Datuk Seri, sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-84 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.
Penganugerahan itu disampaikan dalam Istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang 2025 di Dewan Sri Pinang, di sini, sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam serta pembangunan dasar komunikasi negara.
Mohamad Fauzi, 57, sebelum ini pernah memegang pelbagai jawatan strategik termasuk Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) di Jabatan Imigresen Malaysia dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) di Kementerian Dalam Negeri.
Anak kelahiran Kepala Batas, Kedah itu telah menyumbang kepada pelbagai inisiatif transformasi dalam pentadbiran kerajaan, khususnya dalam pembangunan organisasi, keselamatan dan komunikasi sejak dilantik sebagai KSU Kementerian Komunikasi pada 3 Mei, 2023.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau turut menerima beberapa anugerah dan darjah kebesaran, antaranya Ahli Mangku Negara (A.M.N.), Setia Diraja Kedah (S.D.K.), dan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.), sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam sektor awam.
Hari ketiga istiadat itu turut menyaksikan 389 individu lain menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri termasuk dua penerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N) dan 31 penerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ulang Tahun Keputeraan
#Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang
#Ramli Ngah Talib
#KSU Kementerian Komunikasi
#Mohamad Fauzi Md Isa
#DGPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan