awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam di Selangor tidak dibenar ziarah kubur sepanjang sambutan Aidilfitri

Bernama
Bernama
19/05/2020
20:54 MYT
Umat Islam di Selangor tidak dibenar ziarah kubur sepanjang sambutan Aidilfitri
Tiada lagi ziarah kubur pada Aidilfitri tahun ini. - Gambar fail
Umat Islam di Selangor tidak dibenarkan menziarahi makam diraja dan tanah perkuburan sepanjang sambutan Aidilfitri, khususnya sebelum atau selepas solat sunat hari raya.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu diambil selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
"Mereka yang ingin menziarahi kubur arwah dalam tempoh ini bolehlah menggantikannya dengan amalan bacaan tahlil, zikir dan doa di kediaman masing-masing untuk menghadiahkan pahala kepada arwah kerabat serta kaum keluarga," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata pihak yang menguruskan tanah perkuburan dan makam diraja di Selangor juga diminta membantu JAIS memastikan ketetapan itu dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat.
Katanya tempoh ketetapan itu berkuat kuasa adalah tertakluk kepada suatu kenyataan lain yang akan dikeluarkan jabatan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#COVID-19
#hari raya
#Islam
#JAIS
#kubur
#makam diraja
#PKPB
#Selangor
#tahlil
#tanah perkuburan
#ziarah
#ziarah kubur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan