awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam perlu dapat cuti haji khas - Razali Ibrahim

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
08/09/2014
03:57 MYT
Umat Islam perlu dapat cuti haji khas - Razali Ibrahim
Umat Islam perlu dapat cuti haji khas - Razali Ibrahim
Cuti haji khas perlu diberikan kepada umat Islam, sekali seumur hidup bagi memudahkan mereka menunaikan ibadah itu, kata Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim.
Utusan Malaysia melaporkan, Razali berkata sebagai sebuah parti yang prihatin, UMNO mengemukakan cadangan tersebut dalam usaha mengangkat syiar Islam.
Katanya, cadangan tersebut dikemukan bagi memudahkan umat Islam yang bekerja di syarikat swasta menunaikan rukun Islam yang kelima itu.
"Pekeliling kerajaan pada 1984 sudah ada untuk kakitangan awam, tetapi bagi mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat, kita hendak harapkan siapa untuk memperjuangkannya kalau bukan UMNO dan BN.
"Sama ada boleh dipertimbangkan atau tidak, itu soal kedua. Namun, kita buat cadangan ini dalam usaha mengangkat syiar Islam," Razali dipetik sebagai berkata oleh Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bukit Gantang yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal di Kamunting, semalam.
Dalam sidang media yang sama Razali mengakui usaha mewujudkan sekolah satu aliran sukar dilaksanakan kerana terdapat kekangan dari segi undang-undang, legasi serta sensitiviti.
Namun Ahli Parlimen Muar itu berkata, iltizam politik perlu diwujudkan bagi memulakan langkah ke arah itu.
Topic Berkaitan
#Haji
#Razali Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan