KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) sedang membangunkan projek perintis ladang agroforestry atau perhutanan tani dan produk kesihatan berasaskan kunyit hitam untuk dikomersialkan.
Pensyarah Kanan FBKT Prof Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak berkata, universiti itu bekerjasama dengan syarikat Magical Wisdom dalam penanaman 200,000 anak benih kunyit hitam secara organik tanpa menggunakan baja kimia.
Katanya tumbuhan itu berpotensi tinggi di pasaran kerana merupakan spesies tumbuhan herba daripada kelompok keluarga halia yang telah digunakan dalam perubatan tradisional sejak berzaman lagi.
"Antara penemuan yang telah dibuat termasuk ia mampu meningkatkan aktiviti metabolisme sel badan, antikanser, pengenduran saluran darah, perlindungan jantung, peningkatan aktiviti seksual, perlindungan saraf, antialahan (alergi) serta antibakteria.
"Kajian juga mendapati penggunaan kunyit hitam memberikan perlindungan kesihatan serta kekuatan tenaga, dan pihak kami masih menjalankan penyelidikan secara mendalam untuk memahami apakah mekanisme tindak balas yang berlaku di dalam badan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Wan Mohd Faizal berkata kunyit hitam mempunyai kandungan dua bahan aktif bioflavonoid serta methoxyflavones yang sangat tinggi, dan kedua-dua bahan ini sangat diperlukan oleh badan manusia untuk memperbaiki sistem tubuh selain ia mempunyai kesan pemulihan yang cepat.
"Bekalan kunyit hitam di Malaysia agak sukar diperoleh, dan faktor itu menjadikan pokok kunyit hitam tidak begitu popular seperti tanaman herba lain. Tumbuhan ini berasal dari Thailand serta Kemboja, dan lazimnya di import dari Thailand, Taiwan dan India.
"Oleh itu harganya agak mahal sehingga boleh mencecah antara RM500 dan RM1000 sekilogram, selain penanamannya di Malaysia masih agak terhad kerana ia mudah terdedah oleh serangan penyakit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022
UMK bekerjasama dengan syarikat Magical Wisdom dalam penanaman 200,000 anak benih kunyit hitam secara organik tanpa menggunakan baja kimia. - Gambar hiasan / Wikipedia
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
UMK tersenarai di kedudukan 601-800 universiti berprestasi cemerlang
Kedudukan itu jauh lebih baik dan ia membuktikan UMK telah menunjukkan prestasi cemerlang berbanding pada tahun 2020.
Hampir tidak dapat hadiri konvokesyen, graduan ini dibantu tabung asnaf
Untuk konvokesyen kali ini, UMK telah membantu seramai sembilan pelajar asnaf dan B40 yang tidak mampu melangsaikan yuran bagi membolehkan mereka bergraduasi.
PTPTN beri pengecualian bayaran pengajian RM26,000 kepada bekas mahasiswa hidap kanser
Keseluruhan hutang pinjaman PTPTN oleh peminjam berkenaan telah selesai melalui manfaat takaful.
Pelajar antarabangsa UMK pilih tidak pulang, manfaat waktu PKP
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan bukan halangan untuk pelajar-pelajar ini meneruskan kehidupan dan menyiapkan tugasan universiti.
Koronavirus: UMK tangguh pengambilan pelajar baharu dari China
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menangguhkan pengambilan 200 pelajar baharu dari China untuk mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di universiti itu bermula bulan ini.
Kisah anak penebar roti canai raih Anugerah Pelajaran Diraja
Siti Madihah turut menerima anugerah terbaik alumni dan fakulti apabila mencapai CGPA 3.8 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).
12 cedera selepas jeti Pulau Tikus Langkawi runtuh
Kumpulan pelajar terbabit berjalan di atas jeti yang tiba-tiba runtuh di pulau yang terletak kira-kira lima batu nautika (9km) dari Jeti Kampung Kilim, di sini.
Ibu sebak terima ijazah arwah anak
Pada 29 Mei lalu anak sulungnya itu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, selepas koma akibat komplikasi jantung.
Kesemua universiti awam kini berstatus autonomi
Kesemua 20 universiti awam (UA) di negara ini kini berstatus autonomi selepas enam UA terakhir menerima watikah autonomi daripada Kementerian Pendidikan hari ini.
Program anjuran Ketengah ringankan beban pelajar sekolah
Usaha membantu keluarga tidak berkemampuan diteruskan oleh Ketengah sebagai persediaan persekolahan.