KUALA LUMPUR: UMNO bakal memutuskan calon perdana menteri dan timbalannya apabila parti itu mengadakan pemilihan pucuk pimpinan yang baharu ini, kata bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Ahli Parlimen Ketereh itu menjelaskan, UMNO perlu membuat pemilihan parti Jun ini selepas tempoh penggal yang lepas tamat, bersesuaian dengan perlembagaan parti yang memberikan mandat selama tiga tahun kepada Majlis Kerja Tertinggi.
"Insya-Allah, calon PM dan TPM dari UMNO akan di putuskan sekitar Jun ini menerusi pemilihan oleh ahli UMNO sendiri.
"UMNO akan memilih seorang Presiden dan seorang Timbalan Presiden yang mempunyai segala sifat dan kelayakan yang sesuai memikul tugas sbg PM dan TPM, bila tiba masanya.
"Allah SWT menentukan segalanya," katanya menerusi catatan di akaun Facebook miliknya pada Khamis.
Annuar menjelaskan sebagai sebuah parti yang berpegang teguh kepada peraturan dan bergantung kepada suara akar umbi, UMNO akan menyerahkan kepada ahlinya untuk menentukan pucuk pimpinan.
Baru-baru ini menerusi Perhimpunan Agung 2020 (PAU2020) yang berakhir pada Ahad, UMNO menegaskan akan bertanding menggunakan logo Barisan Nasional (BN) dan tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
BACA: PAU2020: Kita akan bertanding solo atas nama BN dalam PRU15 - Ahmad Zahid
Susulan keputusan itu, ramai pemerhati dan penganalisis politik mula memberi pandangan bahawa UMNO perlu menamakan calon perdana menteri dan timbalan perdana menterinya untuk diketengahkan pada PRU15.
"Saya lihat ini secara positif. Ertinya ramai yang masih melihat UMNO antara parti yang perlu menampilkan calon pemimpin utama negara.
"Suka saya menyatakan UMNO ada caranya sendiri. Usah terlalu khuatir," katanya lagi.
Selepas PAU2020 baru-baru ini, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menggesa agar UMNO mengadakan pemilihan parti tahun ini bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.
BACA: Segerakan pemilihan parti, itu saja cara selesaikan kemelut dalaman UMNO - Khairy
Astro AWANI sebelum ini melaporkan UMNO dijangka menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan akan diadakan tahun ini.
BACA: UMNO dijangka tangguh pemilihan parti
Laporan yang memetik sumber itu memaklumkan penangguhan itu dicadangkan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan selepas tamat tempoh darurat pada 1 Ogos nanti.
Sumber itu menjelaskan, usul penangguhan Pemilihan UMNO 2021 telah dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang.
Menurut Perlembagaan UMNO, MKT mempunyai kuasa menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan dari tarikh sepatutnya diadakan pemilihan baharu.
Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO menegaskan pemilihan akan diadakan pada tahun ini.
Astro Awani
Thu Apr 01 2021
Annuar menjelaskan sebagai sebuah parti yang berpegang teguh kepada peraturan dan bergantung kepada suara akar umbi, UMNO akan menyerahkan semula kepada ahli-ahlinya untuk menentukan pucuk pimpinannya. - Foto BERNAMA
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.