KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah bersetuju menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, kata Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil.
Memandangkan tidak terikat dengan MoU, justeru, BN, kata beliau, tiada sebarang kekangan untuk menyarankan kepada Perdana Menteri membubarkan Parlimen.
“Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak pernah setuju tandatangan MoU dengan PH, sebab itu kita tidak terikat dengan MoU itu.
"Saya ada tulis (menjawab) semalam kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bahawa UMNO jangan masuk campur… saya nak jawab, kita tidak kira MoU itu, sebab itu kita tidak terikat kalau nak sarankan kepada Perdana Menteri untuk bubar Parlimen," jelasnya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sidang media penganjuran program Debat Perdana antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut disertai Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil.
Dalam perkembangan sama, Isham berkata, UMNO juga telah membuat keputusan tidak akan menyokong sekiranya MoU itu dilanjutkan.
"Sekarang UMNO sudah buat keputusan kita tidak akan lanjut MoU itu dan tidak akan sokong kalau kerajaan nak lanjutkan MoU itu.
"Kita juga tidak terkekang kalau nak sarankan kepada PM kalau bubarkan Parlimen. Walaupun Anthony Loke kata UMNO jangan masuk campur, PM adalah daripada parti UMNO, dia adalah orang parti yang akan berbincang dengan kita dulu," katanya lagi.
Fareez Azman
Sun Apr 17 2022

Memandangkan tidak terikat dengan MoU, justeru, BN, kata Isham, tiada sebarang kekangan untuk menyarankan kepada Perdana Menteri membubarkan Parlimen. - Gambar fail

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed ada gangguan psikologi. Ini gara-gara mendakwa menteri dari Pas sebagai gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Pendapatan | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Pelantikan Isham Jalil, nilai tambah kepada pucuk pimpinan UMNO Selangor - Noh
Pelantikan Isham Jalil sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat sebagai nilai tambah kepada pucuk pimpinan UMNO Selangor, kata Pengerusi Perhubungannya Tan Sri Noh Omar.

UMNO perlu lebih ramai ahli yang berakal, tidak langgar displin - Puad Zarkashi
Mana-mana ahli parti yang tidak berdisplin, dan tidak mengikut keputusan yang telah ditetapkan pimpinan tertinggi, wajar diambil tindakan.

Isham Jalil dilantik ahli MKT UMNO, gantikan Tajuddin Abd Rahman
Bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Hizatul Isham Abdul Jalil, atau lebih dikenali sebagai Isham Jalil, telah mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang baharu.

Khidmat Isham sebagai Ketua Penerangan BN Selangor ditamatkan serta-merta
Perkhidmatan Isham ditamatkan selepas didapati jawatan itu tidak termaktub dalam Perlembagaan BN.

Sesi wacana: Isham Jalil nyatakan hasrat 'berdepan' Tun Mahathir
"Bukan untuk berdebat atau berpolitik, tetapi untuk berwacana secara terbuka untuk bincang berkenaan dasar-dasar dan hala tuju negara secara ilmiah."

PasLeak: Sanusi enggan mohon maaf, Isham Jalil akan buat laporan polis
Laporan dibuat supaya polis boleh memulakan siasatan ke atas Muhammad Sanusi di bawah Seksyen 499 Akta 574 Kanun Keseksaan.

UMNO - BN tidak terikat MoU, boleh saran PM bubar Parlimen - Isham Jalil
Memandangkan tidak terikat dengan MoU, justeru, BN, tiada kekangan untuk menyarankan kepada Perdana Menteri membubarkan Parlimen.

Debat Najib-Anwar: Isham Jalil dan Fahmi Fadzil terus berbalas kenyataan
Terbaharu, Isham mendakwa beberapa kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berhubung sesi debat tersebut adalah satu penipuan.

'PRN Johor mungkin picu kepada PRU15 tahun ini'
Isham berkata, ia melihat kepada asas melaksanakan PRN sendiri yang mana tuntutan kepada kestabilan politik adalah perkara utama.

Susah jika tujuan Anwar semata-mata untuk jadi PM - Isham Jalil
Isham Jalil menegaskan, kerjasama dengan PKR bergantung pada penerimaan akar umbi dan pucuk pimpinan UMNO.