KOTA KINABALU: UMNO bukan sebuah parti Malaya sebaliknya ia adalah sebuah parti kebangsaan yang memperjuangkan nasib rakyat seluruh negara termasuk di Sabah.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata justeru itu, usaha membawa ia masuk ke Negeri Di Bawah Bayu suatu ketika dahulu bukan untuk memecah-belahkan parti dari Sabah, Sarawak atau Semenanjung sebaliknya adalah usaha menyatukan rakyat di negara ini di bawah payung yang sama.
Beliau berkata rakyat Sabah sendiri yang inginkan UMNO masuk ke Sabah malah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun, yang juga Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), mahu 'percantuman' jiwa antara rakyat di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
"UMNO asalnya tiada hasrat untuk masuk ke Sabah tetapi UMNO dijemput oleh orang Sabah. Rakyat Sabah yang mahukan UMNO bersama-sama berkembang di negeri ini," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Bahagian Putatan di sini malam tadi.
Turut hadir Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin dan Ketua Bahagian UMNO Putatan Jeffrey Nor Mohamed.
Ahmad Zahid juga berkata permintaan dan cita rasa rakyat Sabah diterjemahkan ketika itu malah beliau sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia telah datang ke negeri berkenaan membawa borang keahlian apabila parti tersebut ditubuhkan di Sabah.
Beliau berkata kerja kuat, kesatupaduan rakyat Sabah khususnya peribumi dan bumiputera Sabah membuatkan UMNO menjadi gemilang dan menjadi kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata rakyat Sabah dan UMNO telah diuji dalam keadaan yang sukar namun beliau yakin bahawa ujian tersebut akan memberi kejayaan kepada parti.
"Apa yang sedang kita alami ini, jika berlaku peristiwa besar pada tahun ini, mungkin kalau tidak di pertengahan tahun, di tiga perempat tahun atau selewat-lewatnya tahun depan, saya yakin kalaulah ini semangat yang diperlihatkan, kemenangan akan memihak kepada kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Ahmad Zahid hadir pada Majlis Perasmian Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian dan sambutan Hari Raya UMNO Putatan di Kota Kinabalu malam tadi. - Foto Facebook Jeffrey Nor
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Faisal tidak sabar nak main bola
Semangat pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat luar biasa apabila menyatakan hasrat mahu bermain bola sepak walaupun masih belum pulih akibat kecederaan simbahan asid baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Jangan ambil mudah walaupun negara aman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.