KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO perlu mencipta sentimen, naratif dan aura positif untuk mendekati hati rakyat serta meraih sokongan mereka.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap parti keramat itu dengan menguasai penggunaan media sosial.
Beliau berkata, pendekatan itu adalah acuan penting yang perlu dilaksana bagi memastikan kelangsungan parti sekali gus kekal menjadi pilihan rakyat.
"Di era ini, persepsi lebih dipercayai daripada realiti, UMNO mesti sesuaikan diri dalam persekitaran politik. Kita mesti kekang fitnah yang cukup dahsyat di media sosial dan kita perlu ubah mod daripada defensif kepada ofensif.
"Kita harus cipta sentimen, naratif dan aura positif untuk kita dekati hati rakyat. Saya mahu lebih ramai pemimpin UMNO bermula dari peringkat Majlis Tertinggi sehingga bahagian dan cawangan, mula meneroka pendekatan baharu dan tidak lagi berada di tampuk lama," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun ke-78 UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.
Justeru, beliau menyeru pemimpin UMNO agar memanfaatkan penggunaan pelbagai platform media sosial seperti TikTok dan Instagram dalam usaha mendekatkan lagi parti itu dengan akar umbi khususnya pengundi 18.
Ahmad Zahid juga berkata, UMNO akan terus berikhtiar dengan pelbagai usaha agar parti itu terus menjadi pilihan rakyat dan tidak sesekali 'tenggelam' dalam lipatan sejarah.
"Yang penting jangan ada khianat bila diuji oleh lawan, jangan ada rambang mata kerana ditawar jawatan, jangan lari daripada perjuangan. UMNO tetap menjadi wadah perjuangan kita pada hari ini. Kita mesti mempunyai jati diri perjuangan.
"Meninggalkan saf UMNO bila diuji, itu bukan sifat anak jantan dan saya harap (dengan sambutan) 78 tahun ini, kita akan bina semula kegemilangan bersama dengan rakan-rakan dalam UMNO," katanya.
Sambutan itu, yang berlangsung malam ini, diadakan secara sederhana dengan pengisian program keagamaan iaitu solat Maghrib berjemaah, bacaan yasin dan doa selamat. - Bernama
Bernama
Sat May 11 2024
![Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715462513_TBzahidhamidi.jpg)
Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan ketika hadir pada Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-78 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. - Gambar Bernama
![Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722043717_Palestineathlete.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![UMNO mahu golongan muda miliki pekerjaan berkualiti melalui TVET UMNO mahu golongan muda miliki pekerjaan berkualiti melalui TVET](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720955645_TBZAHIDMUAR.jpg)
UMNO mahu golongan muda miliki pekerjaan berkualiti melalui TVET
UMNO komited mahu golongan muda mendapat peluang pekerjaan berkualiti menerusi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menawarkan lebih 4,000 kursus kemahiran.
![Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721738910_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan rasmi antara parti itu dengan Pas, bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
![UMNO perlu bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri UMNO perlu bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721574254_TengkuZafrul.jpg)
UMNO perlu bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri
Tengku Zafrul berkata kritikan, jika perlu disampaikan, sebaiknya menerusi platform yang disediakan.
![Jauhi sifat serang-menyerang, UMNO perlu bersatu padu - Tengku Zafrul Jauhi sifat serang-menyerang, UMNO perlu bersatu padu - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721574254_TengkuZafrul.jpg)
Jauhi sifat serang-menyerang, UMNO perlu bersatu padu - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, parti itu perlu bersatu padu dan menjauhi sifat serang-menyerang sesama sendiri.
![Buli siber: Pasukan khas teliti pindaan Kanun Keseksaan, dijangka bentang Oktober Buli siber: Pasukan khas teliti pindaan Kanun Keseksaan, dijangka bentang Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721557127_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Buli siber: Pasukan khas teliti pindaan Kanun Keseksaan, dijangka bentang Oktober
Pasukan khas akan meneliti secara keseluruhan sebelum membuat pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membanteras gejala buli siber yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.
![Fokus pulih sokongan UMNO, ketepi jawatan dalam kabinet - Dr Akmal Fokus pulih sokongan UMNO, ketepi jawatan dalam kabinet - Dr Akmal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711445553_DrAkmalSaleh.jpg)
Fokus pulih sokongan UMNO, ketepi jawatan dalam kabinet - Dr Akmal
ADUN Merlimau itu menegaskan, selagi kepercayaan berkenaan belum diperoleh semula, beliau akan memilih untuk berada di luar Kabinet.
!['Saya sedia tentang taktik buruk UMNO' - ADUN Rembia 'Saya sedia tentang taktik buruk UMNO' - ADUN Rembia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721452837_MuhamadJailani.jpg)
'Saya sedia tentang taktik buruk UMNO' - ADUN Rembia
ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menegaskan beliau bersedia untuk diheret ke mahkamah oleh UMNO susulan penyertaanya dalam Pas, minggu lalu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Julai 2024.
![‘ADUN Rembia, boleh mula kumpul tin bayar denda UMNO RM100 juta’ - Akmal Saleh ‘ADUN Rembia, boleh mula kumpul tin bayar denda UMNO RM100 juta’ - Akmal Saleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721294102_AkmalSaleh.jpg)
‘ADUN Rembia, boleh mula kumpul tin bayar denda UMNO RM100 juta’ - Akmal Saleh
Muhamad Akmal mengingatkan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis untuk bersedia membayar RM100 juta kepada UMNO sebagai balasan menyertai parti lain.