KUALA LUMPUR: UMNO diharapkan akan mempertandingkan semua jawatan dalam parti itu sewaktu pemilihan yang perlu diadakan selewat-lewatnya Mei ini.
Ketika sesi perbahasan sewaktu Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO hari ini, beberapa perwakilan mahu 'gelanggang' pemilihan dibuka dan berpendapat, pertandingan itu merupakan amalan demokrasi yang perlu diteruskan.
Jurucakap Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan ketika melontarkan perkara itu yakin Presiden UMNO., Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang pemimpin berjiwa besar dan tidak akan menyekat amalan demokrasi dalam parti terbesar Melayu itu.
"Saya yakin jiwa besar Presiden. Kita tahu siapa yang menjaga parti kita sewaktu ditekan. Pemuda tahu siapa yang banyak berkorban untuk parti, Pemuda tahu siapa yang mengkhianati parti. Jangan gusar dan ragu, buka gelanggang (dan) Pemuda akan membuat pilihan yang tepat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan itu ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Senada dengannya adalah jurucakap Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Sufian Maradzi yang menggesa supaya tiada agenda digerakkan untuk tidak mempertandingkan jawatan-jawatan tertentu pada pemilihan nanti.
"Kami tetap setia kepada perjuangan parti, bahkan kami tak lari. Tetapi janganlah kita diikat supaya jangan adakan pemilihan kerana kami yakin sekiranya kepimpinan kita menjaga parti dengan betul, insya-Allah kepimpinan itu akan terus dipilih oleh perwakilan," katanya.
Muhammad Sufian yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan berkata, selepas kekalahan teruk yang dialami UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sudah tiba masanya UMNO mengubah corak perjalanan parti selari dengan kehendak orang ramai.
"Kita bukannya nakal, tapi ini pandangan kita. Biarlah kita suburkan demokrasi ini sebagaimana kita menyuburkan demokrasi berparlimen dalam negara kita sebab orang luar termasuk anak-anak muda akan tengok bagaimana perjuangan UMNO selepas PRU15," katanya.
Sementara itu, jurucakap Wanita UMNO Pahang, Datuk Juhanis Abd Aziz dalam perbahasan ucapan dasar Ketua Wanita, Datuk Seri Noraini Ahmad turut meminta supaya semua jawatan dipertandingkan dalam pemilihan UMNO kali ini.
Sebelum ini ada cadangan dua jawatan tertinggi - Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, tidak dipertandingkan pada pemilihan nanti.
Namun, Ahmad Zahid berkata, beliau terbuka untuk dicabar oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memegang jawatan nombor satu parti itu.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula berkata, pertandingan bagi jawatan tertinggi parti sedikit sebanyak boleh menyebabkan perpecahan dalaman tetapi beliau terbuka untuk menerima cabaran daripada mana-mana pihak bagi mempertahankan jawatan itu.
Pada Perhimpunan Agung Khas UMNO 15 Mei tahun lepas, parti itu berjaya meminda perlembagaannya bagi membolehkan pemilihan diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas PRU di bawah Fasal 10.16. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023
UMNO diharapkan akan mempertandingkan semua jawatan dalam parti itu sewaktu pemilihan yang perlu diadakan selewat-lewatnya Mei ini. - Gambar BERNAMA
Peguam Negara tarik balik rayuan pembebasan Zahid Hamidi
Peguam Negara menarik balik rayuan terhadap pembebasan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak VLN.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.