LANGKAWI: UMNO Bahagian Langkawi terbuka untuk mana-mana parti bertanding di kerusi Parlimen berkenaan dalam Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang mengesahkan untuk mempertahankan kerusi itu.
Ketuanya, Datuk Nawawi Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI berkata, UMNO sedia berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk pertandingan tiga hingga lima penjuru dalam PRU15 di kerusi Parlimen Langkawi.
Menurut beliau, berlandaskan amalan demokrasi di Malaysia, UMNO Langkawi tidak boleh menghalang mana-mana individu yang berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen itu termasuk penyandangnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, Nawawi berkata, adalah lebih baik sekiranya Dr Mahathir memberi peluang kepada calon yang lebih muda termasuk daripada Pejuang bagi bertanding di kerusi Parlimen Langkawi.
"Yang pertama, mana-mana parti (politik) yang berdaftar di Malaysia ni boleh bertanding. Itu hak mereka nak bertanding di mana sahaja, kalau nak bertanding di Langkawi itu hak kepada parti itu, tetapi bagi kami UMNO tetap bersedia untuk bertanding macam pilihan raya lepas-lepas, kita sudah masuk semua pilihan raya dah 14 kali dah takkan kita tidak akan masuk.
"UMNO tetap bersedia, kenapa pula tak bersedia? Kalau Tun pun terpaksalah (bertanding)... kalau boleh janganlah bertanding lagi kali ini, bagi orang lain lah pulak," tambah Nawawi.
BACA: Tun M sahkan Pejuang akan bertanding di Langkawi pada PRU15
Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan, UMNO Langkawi akan serahkan sepenuhnya kepada kepimpinan UMNO di peringkat Pusat berhubung calon yang akan bertanding di Parlimen itu serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuah dan Ayer Hangat.
Pada Sabtu, Dr Mahathir mengesahkan bahawa Pejuang akan meletakkan calon bagi mempertahankan kerusi di Parlimen Langkawi pada PRU15.
Bagaimanapun, beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen itu tidak dapat memberi jawapan sama ada akan sekali lagi dicalonkan untuk bertanding di situ kerana keputusan berkenaan bergantung pada pucuk kepimpinan parti selain keadaan kesihatannya ketika PRU15 diadakan kelak.
Abd Hadi Che Awang
Sun Jul 11 2021
Berlandaskan amalan demokrasi di Malaysia, UMNO Langkawi tidak boleh menghalang mana-mana individu yang berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen itu termasuk penyandangnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dari Pejuang.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
UMNO Langkawi sedia hadapi Pejuang dalam PRU15 - Nawawi Ahmad
UMNO sedia berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk pertandingan tiga hingga lima penjuru dalam PRU15 di kerusi Parlimen Langkawi.
Anina tiada hak perundangan saman Najib berhubung derma RM2.6 bilion - Peguam
Anina bukan seorang pegawai awam UMNO dan oleh itu tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.