JOHOR BAHRU: UMNO komited mahu golongan muda mendapat peluang pekerjaan berkualiti menerusi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menawarkan lebih 4,000 kursus kemahiran.
Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata komitmen itu, turut melibatkan golongan muda yang tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Bidang TVET menawarkan gaji premium selari dengan tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dimiliki mereka. SKM tahap 1 dan 2 menawarkan gaji minimum RM2,500, manakala SKM tahap 3 dan 4 menawarkan gaji lebih RM4,000.
"TVET di Malaysia menawarkan lebih 4,000 kursus. Kadar kebolehpasaran graduan TVET di bawah MARA mencecah 98.7 peratus, ini sekali gus menunjukkan graduan TVET diterima pasaran kerja. Ini adalah agenda UMNO," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau di Dewan Muafakat Johor Taman Adda di sini malam ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Abdul Halim Suleiman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata usaha itu, selari dengan pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), yang bakal menjadikan Johor negeri tertinggi menerima pelaburan asing di negeri ini.
"Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi telah bertemu saya dan berbincang tentang JS-SEZ. Saya lihat data sebanyak 73,000 peluang pekerjaan ditawarkan, tetapi hanya 56,000 yang memohon.
"Oleh sebab itu melalui TVET tidak perlu ada SPM atau berapa usia mereka, kerana kita buta warna dalam soal ini. Paling penting kita mahu anak muda ada pekerjaan berkualiti sekali gus mengurangkan pengangguran," tegasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Ahmad Zahid berkata komitmen itu, turut melibatkan golongan muda yang tidak mempunyai kelulusan SPM. - Gambar fail/Sinar Harian
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
Genap dua tahun, TPM Ahmad Zahid ikrar terus komited laksana tanggungjawab
Ahmad Zahid berikrar akan terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memastikan lebih banyak lagi kejayaan yang boleh dibanggakan negara dicapai.
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TVET kunci keluar dari kemiskinan
Pendidikan secara umumnya adalah satu-satunya penyelesaian yang mampan untuk memecahkan kitaran kemiskinan dan ketidaksamaan.
KPKM teroka peluang baharu melalui program MCYTT
KPKM melalui Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian bercadang meneroka ruang dan peluang baharu termasuk penyertaan dalam Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) pada tahun depan.