KOTA KINABALU: UMNO perlu sentiasa menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi memastikan parti itu terus relevan mendepani sebarang cabaran, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Beliau berkata UMNO tidak boleh lagi bersandar kepada sejarah kejayaan dikecapi sejak penubuhannya 75 tahun lepas di negara ini dan 31 tahun di Sabah semata-mata sebaliknya perlu membuat perubahan supaya parti itu tetap menjadi pilihan rakyat.
Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata perubahan zaman membawa pelbagai cabaran baharu yang turut akan menguji segala dasar dan kaedah parti itu untuk mendepaninya.
"Pada akhirnya, rakyat yang akan menentukan masa depan UMNO memandangkan UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan sistem demokrasi.
"Bagaimanapun, kita mesti menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran kerana sehebat mana pun kita, jika tidak mahu melakukan perubahan, kedudukan parti ini akan tergugat," katanya dalam perutusan sempena 31 Tahun UMNO bertapak di Sabah yang akan disambut esok.
Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata meskipun banyak kebaikan dilakukan UMNO dan BN namun cabaran ketika ini amat berbeza kerana rakyat sedang berdepan krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19.
"Rakyat mahu kerajaan yang dapat membantu mereka yang kini hidup terhimpit," katanya.
Menurut Bung Moktar, UMNO telah berjaya melalui pelbagai ujian sepanjang 75 tahun kerana berpegang kepada formula membela nasib rakyat dan bukan hanya berjuang untuk ahli parti semata-mata.
Dalam konteks Sabah, Bung Moktar berkata banyak cabaran telah dilalui UMNO sebaik sahaja melebarkan sayap ke negeri itu pada 1991 namun peristiwa paling memberi kesan adalah ketika BN kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 sehingga wujud pelbagai tohmahan dan ada yang meninggalkan parti.
"Kita melihat ujian ini secara positif. Alhamdulillah, kita masih memiliki pemimpin dan ahli berprinsip dan setia kepada perjuangan parti yang menjadikan UMNO Sabah lebih matang, kukuh dan berpengalaman menghadapi cabaran. Sehingga kini, tidak ada satu bahagian UMNO Sabah dibubarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022
UMNO perlu sentiasa menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi memastikan parti itu terus relevan mendepani sebarang cabaran, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. - Gambar fail/Astro AWANI
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta