SIK: Kerajaan akan terlebih dahulu membuat penelitian dan penilaian lanjut mengenai risiko penularan varian Omicron dalam kalangan jemaah tempatan serta di Arab Saudi sebelum sebarang keputusan mengenai status ibadah umrah diputuskan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menjelaskan, pihaknya akan berbincang bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berhubung isu berkenaan dalam memastikan keselamatan jemaah menjadi fokus utama semua pihak.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan, pihaknya tidak boleh membuat sebarang keputusan akhir memandangkan ibadah umrah berada di bawah seliaan MOTAC.
"MOTAC dengan KKM dan saya sendiri pun (akan berbincang), kita (juga sebelum ini telah) berbincang juga dengan KKM… kita tengok perkembangan sama ada keadaan itu serius atau tidak, nanti diputuskan KKM.
"(Keputusan) itu KKM tengok berdasarkan (penularan) jangkitan itu (dalam kalangan jemaah tempatan dan di negara Arab Saudi.
"Ini isu sensitif, saya ingat tak perlu komen bab ini (penangguhan umrah), kita (kena) tanya orang yang lebih (layak), kita pun (tahu setiap keputusan akhir mengenai ibadah umrah adalah) atas budi bicara KKM," jelas Idris lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama guru-guru pondok seluruh Kedah, di Pondok Tuan Guru Haji Salleh di sini, pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan jemaah umrah agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh KKM serta kerajaan Arab Saudi.
Selain itu, kerjasama jemaah yang baru pulang dari Tanah Suci dalam mematuhi arahan kuarantin juga amat penting dalam mengekang penularan COVID-19 terutama membabitkan varian Omicron.
"Kalau boleh kita harapkan supaya mereka dapat (buat) test kendiri, kalau boleh test daily, buat ujian Saliva.
"Yang keduanya kalau boleh mereka balik tak perlu keluar dari rumah untuk berhubung dengan yang lain, kalau mereka sihat Alhamdulillah… kalau mereka tak sihat mungkin jangkitan berlaku kepada orang lain," kata Idris lagi.
Pada Selasa, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan mungkin menangguhkan ibadah umrah jika situasi penularan varian Omicron di Arab Saudi meningkat dan jangkitan dalam kalangan jemaah tempatan berada pada tahap membimbangkan.
Bagaimanapun, Khairy memaklumkan, ketika ini situasinya tidak lagi sampai pada tahap untuk meangguhkan ibadah umrah dan kerajaan tidak mahu melakukan keputusan berkenaan secara terburu-buru.
Abd Hadi Che Awang
Thu Dec 30 2021
Kerajaan akan teliti mengenai risiko penularan varian Omicron dalam kalangan jemaah tempatan serta di Arab Saudi sebelum sebarang keputusan mengenai status ibadah umrah diputuskan. - Gambar fail BERNAMA
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Sanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Mekah
Tindakan diambil bagi memastikan dia tidak terbeban dengan hutang sepanjang misi jelajahnya ke Tanah Suci itu.
Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.
Bella Astillah berangkat tunai umrah, doa urusan dipermudahkan
Bella juga memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya serta meminta urusannya dipermudahkan.
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Jemaah uzur kini boleh lakukan tawaf menaiki kenderaan elektrik
Difahamkan bahawa EV ini telah diperkenalkan sejak permulaan bulan Ramadan dan beroperasi di bahagian bumbung Masjidil Haram.
MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.