KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menggunakan peruntukan RM3 juta, seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lepas dalam mengatasi masalah bekalan air di universiti itu, bagi melaksanakan projek penggerudian air bawah tanah dan pusat rawatan air.
Menghargai keprihatinan Perdana Menteri dalam isu itu, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata masalah air di universiti tersebut sejak beberapa bulan ini membelenggu kesejahteraan hidup warga kampus terutama mahasiswa dan mahasiswi.
"Pihak UMS amat berbesar hati dan sangat gembira dengan peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri berikutan masalah air yang meruncing di universiti ini.
"Perdana Menteri peka mengenai masalah air, elektrik dan keadaan jalan raya yang daif yang dihadapi rakyat Sabah," katanya melalui kenyataan di sini semalam.
Kasim berkata rancangan Kerajaan Perpaduan mewujudkan negara MADANI perlu melibatkan semua lapisan masyarakat dari setiap wilayah dan suku kaum agar mereka berasa bahawa mereka juga sebahagian daripada penduduk Malaysia tanpa rasa terpinggir.
"Para pemimpin perlu menyantuni dan memberi keadilan supaya pembangunan serta pembelaan itu lebih adil dan dirasai semua pihak," katanya.
Anwar yang mengumumkan perkara itu dalam program Temu Anwar di universiti berkenaan berkata meskipun negara berdepan dengan keterhutangan sebanyak RM1.5 trillion, beliau tidak mahu mahasiswa UMS menghadapi kesukaran menjalani kehidupan ketika menimba ilmu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023
Kasim berkata, pihak UMS amat berbesar hati dan sangat gembira dengan peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri berikutan masalah air yang meruncing di universiti itu.
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
AWANI Tonight: Is global net zero target in jeopardy?
The Energy Industries Council (EIC) highlights the widening gap between the industry's current reality and the ambitious global net zero targets set by policymakers to be achieved by 2050 as well as what it takes to fulfil the commitment.
Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Kenangan bersama ibu mereka, Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar, 39, tidak akan pernah luput dari ingatan.
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971.
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peter Anthony dibenar kemuka bukti baharu dalam rayuan akhir
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony, untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuan akhirnya.
Setinggan, penyambungan haram punca UMS tiada air
Penempatan setinggan di sekitar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipercayai antara penyumbang kepada masalah air yang berlaku di institut pengajian tinggi tersebut.
Enam telaga tiub dibina guna peruntukan RM3 juta atasi masalah bekalan air di UMS
Projek pembinaan empat telaga tiub itu kini sedang dilaksanakan dua kontraktor yang dipertanggungjawabkan dan projek itu kini dalam fasa penggerudian.
Isu air UMS: LRA Telibong 2 bekal air bersih tambahan hujung bulan ini - Shahelmy
Isu bekalan air yang sedang dihadapi Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka dapat diselesaikan melalui projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 Fasa 2 yang telah siap awal bulan lepas.
Anwar minta laporan projek masalah air di UMS
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta satu laporan terperinci disediakan berhubung kemajuan projek penyelesaian masalah gangguan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
UMS hargai peruntukan RM3 juta atasi masalah air - Naib Canselor
Masalah air di UMS sejak beberapa bulan ini membelenggu kesejahteraan hidup warga kampus.
Isu air di UMS, Anwar umum peruntukan RM3 juta
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Isu bekalan air: 20,000 warga Universiti Malaysia Sabah terjejas
UMS juga telah membuat satu sistem perpaipan daripada punca air bukit, dalam kampus yang mampu membekalkan air sehingga 80,000 liter sehari.
Peter Anthony berjaya gantung hukuman, sabitan guna dokumen palsu
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Datuk Peter Anthony bagi menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya atas kesalahan dokumen palsu.
UMS bangunkan loji mini rawatan air menerusi kaedah AI, IOT di Pitas
Para penduduk di Pitas kini boleh menikmati air bersih terawat sekitar 60,000 liter setiap hari menerusi pembangunan tiga mini loji rawatan air di daerah itu.