KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meluaskan jaringan kerjasama penyelidikan dengan Universiti Qatar (UQ) melalui tiga projek di bawah Tabung Penyelidikan Nasional Qatar dan Dana Kerjasama Penyelidikan Antarabangsa bernilai keseluruhan kira-kira RM5.7 Juta.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata UQ bersetuju menjalinkan kerjasama dengan UMT dalam bidang penyelidikan akuakultur melibatkan ternakan bagi spesis udang galah dan udang laut menggunakan sistem akuaponik dan sistem kitaran semula air di kawasan padang pasir.
Beliau berkata projek penyelidikan akuakultur pertama di Qatar berkenaan akan diketuai Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) UMT.
"Industri akuakultur di Qatar sedang membangun pesat dan kerjasama penyelidikan ini diharap dapat membantu meningkatkan pengeluaran makanan serta keselamatan makanan berasaskan sumber akuatik terutama dari spesis krustasia seperti udang galah dan udang laut di Qatar," katanya dalam kenyataan semalam.
Memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak ditandatangani Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar dan Naib Presiden (Penyelidikan dan Pengajian Pasca Siswazah) UQ Mariam Al-Ali Al-Maaded, di Doha, pada Khamis.
Sementara itu, Mazlan berkata penyelidikan dalam bidang tersebut mampu memberi nilai tambah kepada industri pengeluaran makanan di sana meskipun terdapat kekangan dari faktor persekitaran yang bersesuaian untuk penternakan.
Beliau berkata penyelidikan dalam bidang itu juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang berkaitan seperti SDG 13 (Perubahan iklim) dan SDG 14 (Hidupan di lautan).
"Malaysia mampu menjadi rakan strategik dalam memacu industri akuakultur dan perikanan Qatar ke arah lebih maju dan berdaya saing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

MoU antara kedua-dua pihak ditandatangani Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar dan Naib Presiden (Penyelidikan dan Pengajian Pasca Siswazah) UQ Mariam Al-Ali Al-Maaded. - Foto Facebook/Noraini Ahmad

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.

20 maut bas tergelincir masuk gaung
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Sabah terus beri tekanan kepada JDT di puncak Liga Super
Kejayaan itu menyaksikan Sabah berjaya mengumpul 22 mata, selain mengukuhkan kedudukan di tempat kedua.

Maut terkena sabit sendiri ketika menyamun
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu ketika suspek mendatangi mangsa yang juga warga asing di sebuah premis.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sri Lanka mansuh larangan ke atas Qatar Charity
Menteri Sumber dan Tenaga Sri Lanka Kanchana Wijesekera telah mengadakan pertemuan dengan pegawai Qatar Charity di Doha pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sri Lanka minta bantuan Qatar untuk atasi krisis tenaga
Sri Lanka telah meminta bantuan Qatar untuk menyalurkan bekalan bahan api semasa negara itu terus menghadapi kesukaran di tengah-tengah krisis pertukaran asing.

Piala Dunia: Hanya tempat Messi terjamin dalam skuad Argentina, kata Di Maria
Angel Di Maria gusar seandainya dia masih belum melakukan yang terbaik untuk menjamin tempatnya dalam skuad Argentina menjelang Piala Dunia Qatar.

Kelayakan Piala Dunia: Australia sahkan penyertaan selepas atasi Peru
Pemain gantian berusia 33 tahun itu menyelamatkan sepakan Alex Valera untuk memastikan tiket kelayakan buat Australia.

Piala Dunia Qatar: Rivaldo yakin Neymar mampu julang Brazil
Masa yang sesuai untuk Neymar Jr. sudah tiba untuk mempamerkan aksi cemerlang di Piala Dunia Qatar akhir tahun ini.

Peminat Israel dibenar masuk ke Qatar semasa Piala Dunia
Israel pada Khamis mengumumkan peminat bola sepak negara itu akan dapat memasuki Qatar, tempat Piala Dunia FIFA akan diadakan pada akhir tahun ini.

UNL: Belgium hampir pasti sisih Romelu Lukaku jumpa Poland
Malam tadi, Belgium mengesahkan penyerang Chelsea tersebut tidak dapat diturunkan untuk bertemu Poland, awal pagi esok.

Nombor plat Piala Dunia FIFA dijual dengan harga kira-kira AS$500,000 di Qatar
Jabatan Polis Trafik Qatar telah menjual 50 nombor plat yang mempunyai logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 semasa lelongan dalam talian.