Undang-Undang Model membabitkan hal ehwal sekolah agama termasuk sekolah tahfiz akan dibentuk untuk menjadi garis panduan dan pemakaiannya bakal diselaras di setiap negeri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fuziah Salleh berkata ketika ini, undang-undang berhubung penubuhan atau pendaftaran sekolah tahfiz di setiap negeri adalah berbeza.
"Di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri, sekolah tahfiz tidak digariskan atau berdefinisi sebagai sekolah agama selain terdapat sekolah yang sudah berdaftar tetapi bermasalah ekoran tidak mencapai tahap keselamatan dikehendaki pihak berkuasa tempatan atau Bomba.
"Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) mencadangkan untuk menyelaras semua undang-undang serta garis panduan berkaitan kaedah pentadbiran sekolah tahfiz dan ia disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan konvensyen wanita rahmah peringkat negeri Sabah di sini pada Sabtu.
Beliau berkata selepas itu, Jawatankuasa Teknikal akan ditubuhkan bagi menyelaras undang-undang dengan mengambil elemen terbaik dari setiap negeri untuk dimasukkan dalam garis panduan dan dibentuk sebagai Undang-Undang Model.
"Apabila ia dipersetujui sebagai Undang-Undang Model, maka setiap negeri akan menggunakannya dan akhirnya kita mahu semua isu berbangkit seperti pendaftaran serta keselamatan khususnya, tidak berulang," katanya sambil menambah bahawa tanpa undang-undang itu, adalah sukar untuk mengambil tindakan terhadap sekolah tahfiz tidak berdaftar jika berlaku perkara tidak diingini.
Fuziah berkata satu pusat pengumpulan dana atau tabung khas untuk wakaf tahfiz akan diwujudkan susulan cadangan timbalan perdana menteri.
"Tabung itu hanya satu dibangunkan oleh kementerian (hal ehwal agama) dan tidak boleh tabung persendirian, kita akan salurkan sama seperti kementerian (pendidikan) salur kepada sekolah-sekolah," katanya.
Ketika berucap, beliau mengumumkan sumbangan RM10,000 kepada Madrasah Ad-Diniah Ar-Rahmaniah di Kampung Sungai Imam dekat sini, yang menempatkan 40 pelajar perempuan, musnah dalam kebakaran pada Jumaat.
Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Sabah Samin Ongki turut mengumumkan sumbangan RM7,000 hasil kutipan derma kilat pada konvensyen hari ini.
Dalam kebakaran pukul 6.50 petang itu, dua lelaki dilaporkan melecur di kaki ketika cuba menyelamatkan pelajar madrasah yang berada dalam bangunan dua tingkat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 15 2020
Fuziah berkata satu pusat pengumpulan dana atau tabung khas untuk wakaf tahfiz akan diwujudkan. - BERNAMA
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
KPDN jamin bekalan keperluan asas di negeri terjejas banjir mencukupi
KPDN memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.
Program Penyeragaman Harga: KPDN buka 1,770 pusat penjualan seluruh negara
KPDN telah mewujudkan 1,770 pusat penjualan (Point of Sale) menerusi Program Penyeragaman Harga (PPH) di seluruh negara tahun ini.
KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.
Belanjawan 2025: KPDN ada kaedah kesan cubaan naikkan harga barangan
KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga termasuk produk bergula.
Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas PRU16 dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.
KPDN perluas kempen ‘JOM KOSONG' secara berperingkat
KPDN akan memperluas kempen 'JOM KOSONG' secara berperingkat dalam usaha mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ramai yang layak belum daftar Budi Madani MySubsidi diesel - Fuziah
Fuziah berkata berdasarkan data terkini, hanya 259,141 daripada 410,000 kenderaan yang layak sudah memohon di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) setakat pagi Ahad.
Usaha berterusan mengawal inflasi pasca penguatkuasaan subsidi - Fuziah
Kerajaan giat laksana pemantauan dan penguatkuasaan harga barangan bagi memastikan subsidi yang disasarkan dapat membantu mengawal inflasi.