awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang kanak-kanak penting untuk hentikan keganasan terhadap kanak-kanak - Rohani

Bernama
Bernama
09/11/2016
00:08 MYT
Undang-undang kanak-kanak penting untuk hentikan keganasan terhadap kanak-kanak - Rohani
ROHANI: Kita perlu meningkatkan input untuk membentuk dan melaksanakan agenda nasional bersifat komprehensif bagi tindakan kebangsaan bersepadu untuk mencegah dan menghapuskan keganasan.
Undang-undang perlu digubal dan dikuatkuasakan untuk menghentikan keganasan bersifat 'legalised' terhadap kanak-kanak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata ia merupakan langkah utama untuk mengubah norma sosial melibatkan keganasan.
"Kita perlu meningkatkan input untuk membentuk dan melaksanakan agenda nasional bersifat komprehensif bagi tindakan kebangsaan bersepadu untuk mencegah dan menghapuskan keganasan," katanya dalam ucapan penutup pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Asia Pasifik ketiga mengenai Hak Kanak-Kanak bertemakan 'A Billion Brains: Smarter Children, Healthier Economies', di sini pada Selasa.
Beliau menegaskan bahawa hak kanak-kanak adalah penting bagi semua masyarakat, justeru tiga topik utama yang menarik perhatian telah dibincangkan dan diberi tumpuan semasa mesyuarat dua hari yang dihadiri oleh delegasi dari 26 negara Asia Pasifik.
Ketiga-tiga topik itu ialah Perlindungan Sosial untuk Kanak-kanak, Wanita dan Keluarga; Perlindungan Kesihatan Sejagat (UHC) dan Mencegah Keganasan Terhadap Kanak-Kanak.
"Kita menarik perhatian bahawa ketiga-tiga tema utama ini mewakili isu-isu yang semakin mendapat perhatian di rantau ini, dan bidang-bidang yang memungkinkan kerjasama lebih rapat dalam rangka kerja Selatan-Selatan yang berpotensi memberi manfaat besar kepada negara-negara itu," kata beliau.
Rohani berkata beberapa cadangan utama yang ingin dikemukakan oleh setiap negara ialah melalui inisiagtif untuk menggalakkan Perlindungan Sosial bagi Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak, UHC dan Mencegah Keganasan terhadap kanak-kanak sebagai 'Keseluruhan Kerajaan'.
"Pendekatan ini dikaitkan dengan membangunkan negara dan mengukuhkan pembangunan warganegara dengan mengintegrasikan mereka ke dalam wacana politik yang lebih besar," katanya.
Sejumlah 300 peserta dari 26 negara termasuk wakil-wakil Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) menghadiri mesyuarat tersebut. -- Bernama
Topic Berkaitan
#jenayah kanak-kanak
#keganasan kanak-kanak
#Rohani Abdul Karim
#undang-undang kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan