Pemilihan ketua wanita UMNO bahagian Kepala Batas akan diadakan semula di dewan Wisma UMNO di sini pada 16 Okt ini selepas Zabariah Wahab dan pencabarnya Rokiah Bee Hassan memperoleh undi yang sama.
Masing-masing memperoleh 192 undi setelah pengiraan undi berakhir lewat malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan bahagian Kepala Batas Datuk Yahaya Hamid berkata keputusan untuk mengadakan pemilihan semula bagi jawatan itu dibuat selepas pengiraan undi yang dilakukan sebanyak lima kali memperoleh keputusan yang sama.
"Selepas perbincangan, semua pihak bersetuju untuk mengadakan semula pemilihan bagi jawatan Ketua Wanita pada Rabu, 16 Okt pukul 8 malam di Dewan UMNO Kepala Batas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pemilihan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas semalam berlangsung di Dewan Kompleks Budi Penyayang.
Sementara itu Zabariah yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang berkata beliau menyerahkan keputusan untuk memilih siapa ketua wanita bahagian itu kepada perwakilan.
"Saya akan terima apa sahaja keputusan yang dibuat perwakilan wanita di Kepala Batas," katanya.
Bernama
Sun Oct 13 2013
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Tikam ibu saudara: Lelaki direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
Wanita warga emas maut ditikam di kepala oleh anak saudara
Seorang wanita warga emas maut ditikam di kepala dengan gunting oleh anak saudaranya dalam kejadian pergaduhan di Kepala Batas.
KPDN serbu premis jual LPG tanpa lesen, lebih harga pasaran
Menurut KPDN Kedah, serbuan dilakukan pada 4.45 petang selepas bertindak hasil aduan orang awam dan penyamaran.
Anak calon bebas PRU15 hilang di taman permainan ditemukan selamat
Anak Sofan Feroza yang dilaporkan hilang ketika pergi ke padang permainan ditemukan dalam keadaan selamat di Kepala Batas.
Lelaki letupkan IED di hadapan rumah jiran kerana marah diperli
Lelaki yang ditahan dipercayai bertindak meletupkan bahan IED itu di hadapan rumah jirannya kerana marahkan keluarga terbabit.
Dua nelayan jadi 'transporter' ditahan bersama syabu bernilai RM660,000
Polis menahan dua nelayan bersama 20.748 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM660,000 dalam serbuan di Kepala Batas.
Bukan kes culik, tapi kes berebut anak - Polis
Polis menafikan berlaku kes culik kanak-kanak di hadapan sebuah sekolah di Kepala Batas seperti yang tular di media sosial sejak Khamis.
Projek sakit SMK Bandar Putra Bertam dijangka siap hujung tahun ini - Reezal Merican
Ketika ini terdapat empat projek lewat siap dan dua projek sakit di Pulau Pinang termasuk SMK Bertam Putra.
'Alat muzik lama' didakwa punca 25 pelajar sekolah diserang histeria
Kejadian dilaporkan berlaku apabila seorang pelajar tiba-tiba meracau dan menjerit selepas mendakwa ternampak lembaga hitam.
Pekerja kilang maut kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumah
Kejadian berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa cuba memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal.