Undi majoriti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah bukti jelas mengenai komitmen dunia kepada undang-undang antarabangsa, kata aktivis sosial Dr Chandra Muzaffar.
Presiden International Movement for a Just World (JUST) itu menarik perhatian bahawa Baitulmaqdis diletakkan di bawah undang-undang tersebut pada 1947 apabila bumi Palestin yang bersejarah dipisahkan secara tidak adil.
Beliau menegaskan bahawa merampas atau menakluk mana-mana bahagian kota itu dan kemudian mengisytiharkannya sebagai ibu negara bagi salah satu pihak yang mempertikai adalah haram.
"Sememangnya Amerika Syarikat (AS) yang menganggap dirinya sebagai 'demokrasi terbesar di dunia' memahaminya. Begitu juga Israel, yang harus dilihat sebagai satu-satunya demokrasi di Asia Barat," katanya dalam satu kenyataan.
Sesi tergempar Majlis Keselamatan pada Khamis menyaksikan 128 negara menyokong gesaan PBB supaya AS menarik balik keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dengan badan dunia itu mengisytiharkan keputusan tersebut sebagai "tidak sah dan terbatal".
Dr Chandra berkata ada pihak yang berharap bahawa keputusan undian Majlis Keselamatan itu akan memaksa Washington DC menarik balik keputusannya berhubung Baitulmaqdis.
Tetapi beliau mengingatkan bahawa berdasarkan rekod prestasi Trump mengenai perkembangan berhubung dengan Perjanjian Perubahan Iklim dan UNESCO, tidak mungkin AS akan menarik balik keputusan tersebut.
Trump sebelumnya mengumumkan bahawa AS akan menarik diri daripada Perjanjian Paris mengenai Perubahan Iklim dan juga menarik diri daripada UNESCO, agensi PBB yang memberi tumpuan kepada pendidikan, sains dan kebudayaan.
"Apa yang paling diharapkan beliau boleh melakukan ialah melengahkan sedikit cadangan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis," kata beliau.
Bagaimanapun, Dr Chandra berkata keputusan undian mengenai Baitulmaqdis adalah kejayaan untuk keadilan global.
Beliau berkata jika UNGA tidak dapat tampil sebagai suara keadilan global berdasarkan prinsip pada skala lebih luas, ia sebahagiannya disebabkan pelbagai halangan - yang paling besar ialah hubungan AS-Israel.
Menurut beliau, pelbagai perkembangan di Asia Barat menunjukkan bahawa hubungan AS-Israel tidak dapat mencapai satu daripada matlamat utama iaitu meningkatkan keselamatan Israel.
"Kejayaan menumpaskan hubungan jahat ini di Perhimpunan Agung PBB pada 21 Dis menguatkan fakta ini. Ia harus memberi semangat kepada kita untuk menguatkan perjuangan demi mewujudkan dunia yang adil," kata Dr Chandra. -- Bernama
Bernama
Mon Dec 25 2017
CHANDRA: Keputusan undian mengenai Baitulmaqdis adalah kejayaan untuk keadilan global. - BERNAMA/Fail
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.