awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNESCO iktiraf Kinabatangan sebagai tapak rizab biosfera

Bernama
Bernama
28/09/2025
11:25 MYT
UNESCO iktiraf Kinabatangan sebagai tapak rizab biosfera
Rizab biosfera Kinabatangan berkeluasan 413,866 hektar merupakan habitat penting kepada 315 spesies burung, 100 reptilia, 33 amfibia, 127 mamalia dan lebih 1,000 tumbuhan vaskular. - Bernama
KOTA KINABALU: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf Kinabatangan sebagai tapak rizab biosfera Malaysia terbaharu.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam kenyataan memaklumkan pengumuman itu dibuat pada mesyuarat Majlis Penyelaras Antarabangsa Program Manusia dan Biosfera (MAB) di Hangzhou, China pada 27 Sept lepas.
"Malaysia berbangga dengan pencapaian serta pengiktiran diberikan UNESCO kepada dua tapak rizab biosfera Malaysia di Sabah di bawah program MAB iaitu Kinabatangan.
"Selain itu, rizab biosfera Banjaran Crocker yang melepasi proses penilaian semakan berkala (periodic review) (selepas 10 tahun diiktiraf pada 2014) dan berjaya mengekalkan status sebagai tapak rizab biosfera UNESCO," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
NRES selaku pusat fokal nasional kepada program MAB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sabah dan kejayaan itu adalah hasil komitmen serta dedikasi semua pihak termasuk komuniti setempat dalam mengurus kawasan berkepentingan biodiversiti.
"NRES menyambut baik sebarang usaha diambil oleh kerajaan negeri pada masa akan datang untuk mencalonkan kawasan yang berpotensi sebagai tapak MAB atau tapak berkepentingan biodiversiti antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan rizab biosfera Kinabatangan berkeluasan 413,866 hektar merupakan habitat penting kepada 315 spesies burung, 100 reptilia, 33 amfibia, 127 mamalia dan lebih 1,000 tumbuhan vaskular.
Tapak itu menjadi habitat kepada spesies endemik, jarang ditemui serta terancam seperti orang utan (Pongopygmaeus), gajah borneo (Elephas Maximudborneensis), monyet belanda (Nasalis Larvatus), beruang matahari (Helarctos Malayanus) dan lapan spesies burung enggang Sabah.
Selain Kinabatangan dan Banjaran Crocker di Sabah, UNESCO turut mengiktiraf Tasik Chini, Pahang (2009) serta Bukit Bendera, Pulau Pinang (2021) sebagai tapak rizab biosfera Malaysia di bawah program MAB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kinabatangan
#Tapak Rizab Biosfera
#Unesco
#pelancongan
#biodoversiti
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan