awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unifi umum tiga #khabarbaik kepada pelanggan Streamyx

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
07/08/2019
12:00 MYT
Unifi umum tiga #khabarbaik kepada pelanggan Streamyx
MOHARMUSTAQEEM: Semua pelanggan Streamyx akan dibawa ke keluarga Unifi di mana pada 1 September ini mereka akan diubah ke pelan baharu Unifi Lite. - Gambar Astro AWANI
Pengumuman Unifi Lite akan memberikan kelajuan stabil sekali gus pengalaman jalur lebar yang berkualiti tinggi kepada pelanggan Streamyx.
Pemangku Naib Presiden Eksekutif Unifi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, pelanggan Streamyx akan hanya perlu membayar RM79 berbanding RM129 sebulan di luar.
Jelasnya, khabar baik yang kedua adalah semua pelanggan Streamyx akan dibawa ke keluarga Unifi di mana pada 1 September ini akan diubah ke pelan baharu Unifi Lite.
"Dengan itu bil mereka hanya akan menjadi RM69 dengan apa sahaja perkhidmatan yang sedang mereka nikmati pada masa sekarang.
"Ketiga apabila pelanggan Streamyx kami sudah masuk ke keluarga Unifi, kami ingin mengumumkan satu tahap bantuan yang baru yang tidak pernah ada dalam industri telekomunikasi.
"Ia merupakan masa sesuatu bantuan dilakukan, kami akan cuba hantar bantuan dalam masa dua jam ke pintu pelanggan," katanya semasa sidang media selepas acara #khabarbaik Unifi di sini.
TONTON: Agenda AWANI: Memacu teknologi 5G, seiring aspirasi negara
BACA: TM lancar pelan pascabayar unifi Mobile
Jelasnya, perkhidmatan bantuan sokongan terus ke rumah bermula di lima kawasan, iaitu Shah Alam, Bangsar/Pantai Dalam, Johor Bahru, Butterworth dan George Town, bermula Oktober ini.
Selain perkhidmatan jalur lebar baharu ini, Unifi turut mengumumkan aplikasi semua dalam satu yang baharu, myunifi, yang bertujuan memberikan pelanggan pengalaman lebih mudah untuk menguruskan akaun unifi mereka.
Aplikasi itu menawarkan ciri-ciri seperti pemasangan 24-jam, bantuan sokongan secara ‘live chat’ 24-jam, jaminan kehadiran dan kemudahan pembayaran yang lebih mudah.
Sebagai tambahan, aplikasi myunifi itu dipertingkatkan dengan ‘digitalme’, ID digital dengan ciri keselamatan untuk memudahkan log masuk tunggal bukan sahaja untuk aplikasi myunifi, tetapi juga laman web unifi.com.my.
Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi unifi, telah menyempurnakan program naik tarafnya pada bulan April 2019 dengan 973,000 pelanggan unifi telah berjaya dinaik taraf kepada 10 kali ganda daripada kelajuan sedia ada mereka.
Sementara 266,000 pelanggan Streamyx di kawasan liputan Unifi telah dinaik taraf ke unifi dan 226,000 pelanggan Streamyx di luar liputan Unifi telah dinaik taraf kepada dua kali ganda kelajuan sedia ada, di kawasan-kawasan yang tiada halangan teknologi.
Dijangkakan 70 peratus daripada kumpulan pelanggan ini akan dapat menikmati perkhidmatan unifi menjelang akhir 2020.
Topic Berkaitan
#digitaltime
#khabarbaik
#Streamyx
#Telekom Malaysia Berhad
#Unifi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan