awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UniSZA tekan aspek ketelusan proses pemilihan dan kemasukan pelajar

Bernama
Bernama
26/12/2024
23:00 MYT
UniSZA tekan aspek ketelusan proses pemilihan dan kemasukan pelajar
Menurut Fadzli, 43 peratus daripada 13,849 pelajar di UniSZA yang mengikuti pelbagai kursus dan program pengajian ketika ini terdiri daripada golongan B40. - Foto UniSZA
KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menegaskan pihaknya memberi penekanan yang tinggi terhadap integriti dan ketelusan dalam proses pemilihan serta pengambilan pelajar ke universiti berkenaan.
Naib Canselor Prof Datuk Fadzli Adam dalam kenyataan pada Khamis berkata bahawa dakwaan mengenai kemasukan "pintu belakang" pelajar ke universiti awam, yang menghalang peluang anak-anak keluarga kurang berkemampuan, adalah tidak tepat dan sama sekali tidak berasas.
"Sebanyak 43 peratus daripada 13,849 pelajar yang mengikuti pelbagai kursus dan program pengajian ketika ini terdiri daripada golongan B40.
"Bagi sesi akademik 2024/2025, UniSZA menerima 2,118 pelajar daripada golongan B40 dan ini adalah usaha berterusan kami dalam memastikan tiada golongan pelajar di negara ini tercicir daripada pendidikan tinggi," katanya.
Fadzli berkata tuduhan bahawa terdapat ketidaktelusan dalam proses pengambilan pelajar adalah tidak tepat dan boleh menimbulkan kekeliruan serta persepsi buruk terhadap imej universiti awam.
Baru-baru ini, dilaporkan bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Haim Hilman Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Kedah mendakwa kononnya kemasukan pelajar ke universiti melalui "saluran terbuka" telah menafikan hak anak-anak golongan miskin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UniSZA
#pengambilan pelajar
#pintu belakang
#golongan B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan