KOTA BHARU: Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia, PDRM dan Unit Anjing Pengesan (K9) adalah antara unit yang akan ditempatkan untuk kawalan dan pengawasan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ia merupakan antara langkah dan kaedah baharu oleh Polis Kontinjen Kelantan dalam mengekang jenayah rentas sempadan.
"PDRM memperkenalkan kaedah baharu dalam menangani isu rentas sempadan termasuk penyeludupan barangan terlarang dan sebagainya di sempadan, dengan menambah aset, keanggotaan dan unit," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Polis ke-215 peringkat Kelantan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kelantan, IPK di sini pagi tadi.
Menurut Shafien lagi, pucuk pimpinan PDRM bersetuju untuk meningkatkan kawalan dan menambah unit termasuk Unit Berkuda dan K9 selain penggunan Dron untuk pengawasan sempadan Kelantan Thailand yang dipisahkan oleh Sungai Golok.
"Jumlah aset, keanggotaan dan sebagainya akan dimaklumkan oleh pengurusan Bukit Aman yang mana pelancaran unit tersebut dijangka diadakan pada hujung bulan nanti," katanya
"Penempatan unit berkenaan bukan sahaja sebagai persediaan untuk pembukaan sempadan negara, sebaliknya ditempatkan untuk jangka masa panjang," jelasnya lagi.
Untuk rekod terdapat lebih 90 pangkalan haram dan laluan tikus di sepanjang sempadan Malaysia Thailand bermula dari Tanah Merah hingga ke Tumpat.
Dari jumlah tersebut, terdapat kira kira 30 pengkalan haram yang dikesan aktif sebagai laluan penyeludupan.
Sempadan negara di Kelantan dikawal oleh Angkatan Tentera Malaysia, ATM Pasukkan Gerakan Am, PGA, Pasukan Polis Marin.
Pada sambutan Hari Polis ke-215 peringkat Kelantan seramai 156 orang menerima Surat Penghargaan Polis termasuk kalangan pengamal media, orang awam dan anggota polis.
Vivi Sumanti
Fri Mar 25 2022

Penggunaan UNit K9 adalah antara langkah dan kaedah baharu oleh Polis Kontinjen Kelantan dalam mengekang jenayah rentas sempadan. - Gambar fail/Bernama

41 maut kebakaran gereja di Giza, Mesir
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gereja di wilayah Giza, Mesir pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

Warga Singapura sesat mendaki, sudah ditemui
Lelaki warga Singapura yang dilaporkan sesat ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Panti Barat, pada Sabtu telah ditemui selamat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Ogos 2022.

10 Berita Pilihan - (14 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UMNO | Dekati pengundi, tak boleh bergantung jentera wanita
UMNO tidak boleh bergantung kepada jentera wanita semata-mata untuk mendekati kumpulan pengundi tertentu, selain perlu memikirkan pendekatan sesuai bagi mendekati kumpulan yang dilihat 'jauh' dengan parti itu.

Iklan Palsu | CEO LZNK ambil tindakan undang-undang
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan syarikat pinjaman wang yang menyalahgunakan gambar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syeikh Zakaria Othman dengan tujuan memperdaya orang ramai. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Sabtu supaya siasatan dapat dilakukan terhadap syarikat terbabit yang dikhuatiri tidak wujud.

Protes Mana LCS | Polis panggil 13 individu bantu siasatan
Polis akan memanggil 13 individu untuk memberi keterangan berhubung 'Protes Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)' yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah dekat Kuala Lumpur, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Tragedi Muay Thai | Peninju Thailand maut akibat pukulan 'knockout'
Peninju dari Thailand meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas menerima pukulan 'knockout' dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Kota Bharu, Kelantan. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa dikenali sebagai Kittichai Chaengkhao, 28 tahun, berasal dari Chumpong.

RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan SUKIPT 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

AWANI Ringkas: Wanita BN cadang penubuhan universiti, bank khas untuk wanita

Pembubaran Aksem tidak beri kesan negatif kepada kawalan sempadan
Pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) tidak mendatangkan kesan negatif kepada operasi penguatkuasaan pengawalan sempadan negara pada masa ini.

Kanada lanjutkan langkah pencegahan COVID-19 di sempadannya
Kawalan pencegahan untuk pelancong yang tiba di Kanada dijangka berkuat kuasa hingga 30 September 2022.

Kerjasama polis Kelantan-Thailand mampu tingkat pengawasan sempadan negara
Ia membolehkan perkongsian maklumat berkaitan aktiviti rentas sempadan dapat disalurkan dengan lebih berkesan.

Tambahan 60 ekor kuda bantu perkasa kawalan sempadan negara - Polis
Setakat ini, PDRM mempunyai sebanyak 40 ekor kuda sedia ada (di bawah Unit Berkuda FRU) bagi penugasan di seluruh negara.

Pembukaan sempadan: ATM sentiasa siap siaga
Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan membuka semula sempadan negara mulai 1 April.

Unit K9 dan berkuda antara yang ditempatkan untuk kawalan sempadan
Ia merupakan antara langkah dan kaedah baharu oleh Polis Kontinjen Kelantan dalam mengekang jenayah rentas sempadan.

Polis Kelantan perketat kawalan sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan mengerahkan lebih 500 anggotanya untuk memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri itu menjelang pembukaan semula sempadan negara pada 1 April depan.

Sempadan dikawal walaupun banjir buruk di Rantau Panjang
Sempadan negara khususnya di Rantau Panjang dikawal dengan rapi melalui rondaan dengan bot oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Marin sepanjang banjir buruk melanda daerah itu.

Tingkatkan kawalan sempadan negara, titah Sultan Johor
Sultan Johor menegaskan kedaulatan dan keselamatan negara perlu sentiasa diberi keutamaan dengan terus mempertingkatkan kawalan di pintu masuk utama serta sempadan negara.

PRN Sarawak: Kebajikan anggota tentera akan terus diambil berat - Abang Jo
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau mengakui bukan mudah untuk melaksanakan tugas menjaga keselamatan negeri itu kerana faktor keluasan dan juga bentuk muka buminya yang agak mencabar.