KUALA LUMPUR: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Institut Teknologi Perusahaan Listrik Nasional (ITPLN) secara rasmi menjadi ahli pengasas kepada Rangkaian Universiti Tenaga ASEAN (AEU-Net) menerusi memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani di Jakarta, Indonesia, Selasa lepas.
AEU-Net ialah rangkaian universiti dan institut terkemuka di rantau ASEAN yang akan memacu inovasi, penyelidikan dan kecemerlangan akademik dalam bidang tenaga untuk manfaat komuniti ASEAN dan industri tenaga global.
Naib Canselor UNITEN Prof Dr Noor Azuan Abu Osman berkata MoU itu membolehkan kedua-dua universiti merangka inisiatif strategik antarabangsa, menjalankan aktiviti penyelidikan, pembangunan sumber manusia dan kepakaran dalam bidang tenaga.
"MoU itu antara lain akan menyumbang kepada usaha rantau ASEAN dalam peralihan ke tenaga mesra alam dan sifar karbon," katanya dalam kenyataan susulan pemeteraian dokumen itu antara beliau dan Rektor ITPLN Prof Dr Iwa Garniwa sambil disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Mohamed Khaled (tengah) hadir bagi menyaksikan majlis pemeteraian MoU antara UNITEN dan ITPLN di Jakarta, Indonesia, Selasa lepas. - Foto BERNAMA
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
'Along rindu mak ayah', tertuduh minta maaf pada keluarga Zulfarhan
Muhammad Azamuddin berkata sebelum Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017, dia dan mangsa berada di bilik rakan tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi, pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten).
Sektor ICT berjaya harungi cabaran, catat pertumbuhan pada 2015
Industri ICT dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 14.2 peratus kepada RM70.9 bilion pada 2015 berbanding RM62.1 bilion atau pertumbuhan 12.5 peratus pada 2014.