awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Universiti Australia, UK dan China buka kampus, bukti standard pendidikan Malaysia

Bernama
Bernama
15/08/2017
00:11 MYT
Universiti Australia, UK dan China buka kampus, bukti standard pendidikan Malaysia
NIK ALI: Kita mendahului dalam subjek seperti kejuruteraan kimia, mekanikal dan elektrikal, sains pertanian, sains alam sekitar, reka bentuk dan binaan dan linguistik. - Bernama
Sembilan universiti terkemuka dari Australia, United Kingdom dan China yang telah menubuhkan kampus cawangan di Malaysia menjadi bukti tentang kualiti dan standard ekosistem pendidikan tinggi Malaysia.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (Pembangunan) Nik Ali Mat Yunus berkata lima universiti Malaysia berada pada ranking lapan teratas dalam ASEAN juga menunjukkan sistem pendidikan di Malaysia adalah mantap dan diiktiraf kerana kualitinya.
"Kita mendahului dalam subjek seperti kejuruteraan kimia, mekanikal dan elektrikal, sains pertanian, sains alam sekitar, reka bentuk dan binaan dan linguistik, di mana kesemuanya di ranking 50 teratas di dunia, menurut QS World University Rankings berdasarkan Subjek.
"Subjek ini adalah penting kepada industri-industri utama yang menyumbang kepada GDP (Keluaran Dalam Negeri Kasar) Kazakhstan, iaitu minyak dan gas, perlombongan dan pertanian.
"Yang demikian Malaysia menjadi rakan mantap bagi kerajaan dan industri di Kazakhstan bagi latihan modal linsan dan pembangunan'" kata beliau pada perasmian Minggu Pendidikan di Astaka Malaysia di EXPO Astana 2017, Kazakhstan.
Kenyataan beliau dikeluarkan pada Isnin.
Minggu Pendidikan itu memaparkan lanskap pendidikan tinggi di Malaysia, institusi terkenalnya serta penyelidikan dan inovasi berkaitan tenaga hijau.
Ia berlangsung dari 14 hingga 18 Ogos dan melibatkan penyertaan lapan institusi pendidikan tinggi Malaysia, ceramah mengenai peluang pendidikan di Malaysia yang berkaitan teknologi hijau dan kelestarian.
Nik Ali berkata institusi itu menyambut baik kolaborasi dengan institusi dan industri Kazakhstan ke arah membina modal insan yang mahir dan kompeten yang akan menerajui tenaga masa hadapan untuk dunia.
"Kita mempunyai lebih 130,000 pelajar dari 120 negara... kita mempunyai komuniti kecil pelajar Kazakh dan kita menyambut baik kedatangan lebih ramai pelajar negara itu," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#pendidikan
#universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan