KOTA KINABALU: Kadar upah poter atau pembawa barang, di Gunung Kinabalu perlu diselaraskan mengikut kadar yang ditetapkan Taman-Taman Sabah (TTS), kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin.
Beliau berkata, TTS menetapkan kadar upah untuk poter yang memberi khidmat membawa barangan untuk pendaki Gunung Kinabalu sebanyak RM13 sekilogram dengan minimum jumlah berat 10 kilogram, manakala poter mengangkat barang keperluan penginapan RM5.50 sekilogram.
Katanya, kadar upah poter mengangkat barang keperluan perkhidmatan untuk penginapan dan restoran di gunung itu adalah RM5 sekilogram yang perkhidmatan itu dikendalikan Mountain Torq dan Sutera Sanctuary Lodge.
"Saya mencadangkan agar Sutera Sanctuary Lodge dan Mountain Torq juga dapat mempertimbangkan untuk selaraskan kadar upah yang sama dengan TTS.
"Namun kadar upah poter dan malim gunung akan dibincangkan daripada semasa ke semasa agar mereka juga mampu meningkatkan keseimbangan kerja dan mempunyai standard kehidupan yang lebih baik," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Jafry berkata, dengan kiraan kasar upah RM5 sekilogram, secara purata berat barang diangkat poter sehari adalah 35 kilogram sekali mendaki dan sekiranya Poter mendaki sebanyak 15 kali sebulan purata pendapatan RM2,625, bagaimanapun kekerapan mendaki bergantung kepada kerajinan seorang poter.
Bagaimanapun, katanya laporan daripada TTS memberitahu, secara purata seorang poter pendaki Gunung Kinabalu dengan pendakian sebanyak 12 kali sebulan mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM3,540 sebulan.
Sementara itu, beliau berkata, untuk kadar upah bagi malim gunung ketika ini adalah RM230 untuk dua hari satu malam dan purata seorang malim gunung mengiring pendaki dalam sebulan adalah sebanyak 13 kali dengan anggaran pendapatan RM2,990.
Pada masa sama, beliau berkata kementeriannya juga telah meluluskan bantuan kewangan secara sekali bayar sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Malim Gunung dan Persatuan Poter Gunung Kinabalu. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Kadar upah poter atau pembawa barang, di Gunung Kinabalu perlu diselaraskan mengikut kadar yang ditetapkan Taman-Taman Sabah. - Gambar BERNAMA
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Pegawai Kerajaan Iran mendakwa mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Letusan Gunung Ruang
Berikut adalah info berkenaan dengan letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penasihat Kehormat, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Rakyat di seluruh Colombia bergelut dengan catuan air apabila takungan di negara itu kering.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Ketua tentera Kenya maut dalam nahas helikopter
Ketua tentera Kenya, Francis Ogolla, meninggal dunia dalam nahas helikopter di bahagian barat negara itu pada Khamis.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Jangan panik berita palsu tsunami di Sulawesi - BASARNAS
Susulan amaran tsunami yang dikeluarkan Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia di Sulawesi akibat letusan Gunung Ruang.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Upah poter Gunung Kinabalu perlu diselaraskan - Menteri Sabah
Upah poter bawa barang untuk pendaki ialah RM13 sekilogram, untuk angkat barang keperluan penginapan pula RM5.50 sekilogram.