awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI

Bernama
Bernama
16/02/2025
09:30 MYT
Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Purata upah yang dibayar kepada tekong darat adalah sekitar RM4,500 seorang dan jumlah itu berbeza-beza mengikut kewarganegaraan pendatang asing berkenaan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat, kata Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan.
Beliau berkata berdasarkan soal siasat, purata upah yang dibayar kepada tekong darat adalah sekitar RM4,500 seorang dan jumlah itu berbeza-beza mengikut kewarganegaraan pendatang asing berkenaan.
"Upah itu mungkin bertambah jika dihantar ke lokasi lain seperti Selangor dan Johor, dengan pendatang asing ini kebanyakannya dibawa masuk melalui laluan haram di sempadan negara pada waktu tertentu bagi mengelak pihak berkuasa.
"Justeru, tidak hairanlah tekong darat ini sanggup mengambil risiko walaupun tahu perbuatan berkenaan menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Suai Kenal bersama Media Kelantan, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Yusoff berkata kebiasaannya warga asing yang dibawa masuk akan ditempatkan di rumah atau hotel transit sebelum dihantar ke lokasi seterusnya.
"Untuk masuk ke negara ini, mereka akan menggunakan sindiket dengan tekong darat akan mengenakan caj mengikut kepala dan destinasi yang dituju," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya menggalakkan orang ramai yang ingin berkunjung ke Thailand agar menggunakan pasport antarabangsa ekoran bekalan pas sempadan yang terhad.
"Buat masa sekarang, pas sempadan hanya boleh dibuat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini sahaja dengan had sebanyak 200 keping sehari.
"Pas sempadan masih ada namun agak berkurangan dan dijangkakan permintaan lebih tinggi ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pati
#sindiket penyeludupan
#tekong darat
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan