PUTRAJAYA: Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk mata pelajaran Sirah yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 23 Jan (Selasa depan), kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata penangguhan kertas Sirah UPKK03/01 itu dibuat atas sebab isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.
"Jakim memohon maaf atas kesulitan ini dan berdoa agar semua calon UPKK di seluruh negara dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ujian yang sedang berlangsung.
"Semoga semuanya mendapat kejayaan yang cemerlang," kata Hakimah.
UPKK, yang diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat serta Asas Lughatul Quran dijadualkan berlangsung dari 16 Jan hingga 23 Jan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Hakimah berkata penangguhan kertas Sirah UPKK03/01 itu dibuat atas sebab isu teknikal yang tidak dapat dielakkan. - Gambar fail/Bernama
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
UPKK: Kertas Sirah dijadualkan semula ke 24 Jan - Mohd Na'im
Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk mata pelajaran Sirah yang ditangguhkan hari ini, diputuskan untuk dilaksanakan pada 24 Jan ini.
UPKK kertas Sirah ditangguh ke 23 Jan
Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk mata pelajaran Sirah yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 23 Jan.