Kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya melibatkan serangkaian guru-guru sekolah dan bukan sindiket jenayah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada guru-guru yang ditahan polis sebelum ini berhubung kes kebocoran itu mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Kita dah tahan beberapa individu dan apa yang diperoleh polis adalah mereka ini terlibat dalam bidang pendidikan di peringkat sekolah rendah.
Berdasarkan maklumat dari siasatan yang telah dilakukan, ia melibatkan hanya individu tetapi ada kemungkinan rangkaian dalam kalangan mereka untuk beri kemudahan menjawab soalan kepada kumpulan tertentu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Palestin Mej Jen Hazim Atallah di pejabatnya di sini, hari ini.
Menteri itu mengesahkan akan ada lagi tangkapan baharu berhubung kes itu dalam kalangan warga pendidik.
Tangkapan lain ada...tidak libatkan VIP tetapi warga pendidik iaitu guru sekolah dan guru besar dan rangkaian ini dalam kalangan mereka sahaja...kita juga akan siasat sama ada individu yang sama melakukan kebocoran pada tahun-tahun sebelum ini," katanya.
Setakat semalam, polis telah menahan 12 individu terdiri daripada 10 guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera bagi membantu siasatan kes kebocoran kertas peperiksaan itu manakala 18 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.
Sementara itu semasa diminta mengulas tindakan anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen yang mempertikaikan lagu kebangsaan Negaraku dimainkan di panggung wayang, Ahmad Zahid berkata beliau seharusnya menghormati lagu kebangsaan.
"Adakah dia anggap Malaysia sama taraf dengan komunis...dia sebagai ahli politik biarpun berbeza parti dia patut hormat lagu itu. Dia patut tahu bezakan pegangan politik dan ketaatan kepada negara apatah lagu itu lagu kebangsaan.
Saya sukacita apabila dia tarik balik dan memohon maaf bermakna dia ada kesedaran atas kesalahan yang dilakukannya," katanya.
Chong baru-baru ini didakwa mempertikaikan lagu Negaraku yang dimainkan di pawagam dalam akaun Facebooknya, telah mendapat kritikan pelbagai lapisan masyarakat sehingga membuatkan beliau akhirnya memohon maaf secara terbuka di Facebook dan menarik semula status tersebut.
Bernama
Thu Sep 18 2014
Zahid mengesahkan akan ada lagi tangkapan baharu berhubung kes itu dalam kalangan warga pendidik.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.
Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.
Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB
Siling ruang istirahat Gate G6 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami sedikit kebocoran pagi ini.
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor
Presiden Mexico, Andrs Manuel Lpez Obrador menjelaskan, kebakaran susulan kebocoran paip gas di Teluk Mexico adalah satu kemalangan.
Ikhtiar untuk terus hidup, pemancing catu air minuman
Mereka memulakan perjalanan ke tengah laut pada pukul 4.00 petang Isnin lepas sebelum kipas bot terjatuh pada pukul 8.00 malam.
KPM kaji penyelarasan jadual peperiksaan - Radzi
Menterinya, Dr Radzi Jidin berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk melihat pendekatan terbaik sebelum ia dilaksanakan.
Soalan Sejarah SPM didakwa bocor: Diam, tiada kenyataan rasmi tidak selesaikan masalah - PIBGN
Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, mendiamkan diri bukanlah langkah penyelesaian terbaik.
Dakwaan soalan SPM bocor: Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tidak perlu menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.
SPM 2020: Soalan Sejarah Kertas 2 didakwa bocor?
Laporan itu mendakwa, antara soalan bocor yang tersebar adalah topik berkaitan 'Penentangan di Perak', 'Maritim' dan 'Wawasan 2020'.