awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis keluarga Beckham: Pertikaian cap dagang dedah retak dalam keluarga selebriti
Model baharu jam tangan mewah ciri-ciri bilionair India, Mukesh Ambani dianggar bernilai AS$1.5 juta
Kereta kebal Israel bedil tentera Lubnan semasa misi bersama pasukan pengaman PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPSR tidak akan dikembalikan - Fadhlina

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
23/01/2026
23:00 MYT
UPSR tidak akan dikembalikan - Fadhlina
Fadhlina berkata, pihaknya menerima maklum balas daripada pelbagai pihak, justeru, mendorong kerajaan untuk meneliti semula sebelum membuat keputusan penting berkaitan dasar pendidikan negara. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dikembalikan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Ringkasan AI
  • Menteri Pendidikan mengesahkan UPSR tidak akan dikembalikan kerana tidak lagi sesuai dengan perkembangan murid.
  • Kenyataan itu berbeza dengan laporan terdahulu yang menyebut kajian semula UPSR dan PT3, namun kajian masih di peringkat awal.
  • UPSR dan PT3 telah dimansuhkan dan diganti Pentaksiran Berasaskan Sekolah selepas mengambil kira pandangan ibu bapa dan pendidik.

"Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan kembali. UPSR itu berapa tahun yang lalu. Tidak sesuai langsung dengan perkembangan anak-anak kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Jumaat.
UPSR tidak akan dikembalikan - Fadhlina
Pengesahan ini dilihat berbeza dengan kenyataan Fadhlina minggu lalu (15 Januari), yang dilaporkan berkata kajian mengenai keperluan memperkenalkan semula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan UPSR dijangka siap dalam tahun ini.
Menurutnya, kajian tersebut hanya akan dilaksanakan selepas proses lantikan ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) selesai, dan setakat Khamis lepas, Fadhlina memaklumkan lantikan berkenaan masih dalam proses.
UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 pula pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Terdahulu, Fadhlina berkata, kajian berkenaan dilaksanakan kerana kerajaan mengambil maklum permintaan serta pandangan ibu bapa dan warga pendidik berhubung keperluan kedua-dua ujian itu.
Menurut beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada pelbagai pihak, justeru, mendorong kerajaan untuk meneliti semula sebelum membuat keputusan penting berkaitan dasar pendidikan negara.
Agenda AWANI: Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035, Realistik?
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Fadhlina Sidek
#pendidikan
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan