awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Urusan perkahwinan bukan Islam boleh didaftarkan di 171 rumah ibadat

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2020
06:21 MYT
Urusan perkahwinan bukan Islam boleh didaftarkan di 171 rumah ibadat
Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, pasangan yang ingin menjalankan pendaftaran perkahwinan di rumah ibadat diminta merujuk senarai rumah ibadat yang diluluskan.
Urusan perkahwinan melibatkan golongan bukan Islam kini boleh dilakukan semula di 171 rumah ibadat yang dibenarkan beroperasi selepas diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, pasangan yang ingin menjalankan pendaftaran perkahwinan di kuil, gereja, badan atau persatuan agama diminta merujuk senarai rumah ibadat yang diluluskan.
“Sekiranya rumah ibadat yang dipilih masih belum menerima kelulusan untuk beroperasi, proses pendaftaran perkahwinan ini adalah tertakluk kepada garis panduan terkini oleh JPN yang telah menerima kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” menurut kenyataan itu.
Berdasarkan kepada surat Ketua Pengarah Pendaftaran Negara bertarikh 12 Mei 2020, pelaksanaan urusan perkahwinan di kuil, gereja, badan atau persatuan agama ditangguhkan sehingga 31 Julai 2020 susulan pandemik COVID-19.
Begitupun pada 7 Jun 2020, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan JPN telah membenarkan pendaftaran perkahwinan diadakan di 171 rumah ibadat yang diluluskan.
“Buat masa ini, jumlah rumah ibadat yang diluluskan masih sama dan pihak Kementerian sedang meneliti permohonan yang telah diterima daripada beberapa rumah ibadat lain yang memohon untuk memulakan operasi.
“Permohonan ini akan dibawa oleh pihak Kementerian kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk kelulusan dan pihak JPN juga perlu merujuk kepada Kementerian Perpaduan Negara.
“Ia bagi mendapatkan senarai terkini rumah ibadat yang telah diluluskan untuk beroperasi termasuk operasi upacara pendaftaran perkahwinan,” menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#JPN
#keselamatan
#Majlis Keselamatan Negara
#menteri
#MKN
#operasi
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#perkahwinan
#perpaduan
#PKPP
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan