awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usah pertikai lagi, belajar hormat keputusan - Manimaran

Israr Khalid
Israr Khalid
13/02/2023
23:00 MYT
Usah pertikai lagi, belajar hormat keputusan - Manimaran
MANIMARAN: Kita boleh terima sebelum ini, pada 2018, 2020 dan 2021, mengapa kita tidak hari ini? Bermaksud, kita kena berhati lapang dan terbuka terima keputusan yang telah dibuat. - Gambar fail Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Soal keabsahan kerajaan hari ini tidak perlu dipertikaikan lagi dan semua pihak harus belajar menghormati keputusan yang dibuat mengikut lunas Perlembagaan dengan hati terbuka, kata Dr G Manimaran.
Bekas Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC) itu menegaskan, para pemain politik harus lebih profesional dan memberikan sepenuh tumpuan kepada usaha mensejahterakan negara.
Ujarnya, adalah tidak wajar mempertikaikan kedudukan kerajaan hari ini tetapi tidak kerajaan terdahulu pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, sedangkan keputusannya dibuat oleh orang yang sama iaitu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Kita boleh terima sebelum ini, pada 2018, 2020 dan 2021, mengapa kita tidak boleh terima hari ini? Semudah itu.
“Bermaksud, kita kena berhati lapang dan terbuka, buka minda untuk menerima keputusan yang telah dibuat,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Katanya, pihak yang mempersoalkan perkara itu boleh menjadi ‘watchdog’ dan menjalankan peranan semak dan imbang untuk memastikan kerajaan semasa melakukan apa yang sepatutnya mengikut lunas Perlembagaan.
Justeru, Manimaran melihat bahawa, perlunya literasi politik yang lebih menyeluruh dalam hal ini, serta undang-undang dan etika bagi menghormati peraturan dan menerima keputusan PRU.
Sepertimana di dalam sukan bola sepak, katanya, semua pihak perlu akur dengan keputusan dan apa pun desakan untuk mengadakan semula perlawanan, kerana tidak puas hati, tidak akan berlaku.
“Saya rasa, masalah kita adalah, literasi politik dalam pilihan raya dan tadbir urus itu belum cukup mantap untuk jadikan mereka satu pasukan pemain politik yang cukup profesional dan berintegriti.”
Literasi politik perlu lebih menyeluruh, belajar hormat keputusan - Dr. G. Manimaran
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#literasi politik
#hormati keputusan PRU
#G Manimaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan