Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengingatkan waris penumpang MH17 warganegaranya bahawa mereka mungkin terpaksa menunggu sehingga berminggu-minggu sebelum mayat ahli keluarga yang terkorban dapat dibawa pulang, lapor The Sydney Morning Herald.
Katanya, usaha sedang dilakukan untuk membawa keluar mayat dari lokasi kejadian dengan secepat mungkin.
"Bagaimanapun saya mesti mengingatkan ini mungkin mengambil masa berminggu-minggu dan bukannya beberapa hari akan datang," katanya dalam sidang media di Sydney pada Sabtu.
Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine, dekat sempadan Rusia pada Khamis lepas. Lokasi kejadian tersebut dikawal oleh kumpulan pemisah yang berperang dengan tentera kerajaan Ukraine.
Daripada 298 orang yang berada dalam penerbangan itu, 27 orang disahkan identitinya oleh Malaysia Airlines sebagai warga Australia. Kenyataan Pejabat Perdana Menteri Australia yang dipetik oleh media negara itu menyebut ada 28 rakyat Australia selain 8 pemastautin tetap termasuk lima sekeluarga.
Lima sekeluarga itu ialah Shaliza Zaini Dewa, rakyat Malaysia yang berkahwin dengan warga Belanda, Hans van den Hende serta tiga anak mereka. Keluarga itu menetap di Melbourne dan dalam perjalanan pulang selepas bercuti di Eropah.
Dalam pada itu, Abbott juga mengingatkan media bahawa apa yang sebenarnya berlaku sehingga membawa kepada tragedi itu mungkin juga akan mula diketahui beberapa minggu lagi.
Perdana Menteri itu mengulangi kenyataan mendesak Rusia memberi kerjasama membantu siasatan dan tidak wajar cuci tangan dengan menyalahkan pihak lain.
"Pesawat itu ditembak jatuh di kawasan yang dikuasai oleh pemberontak yang didukung oleh Rusia, hampir pasti dengan misil yang dilancarkan oleh pemberontak yang didukung oleh Rusia, hampir pasti juga dengan misil yang dibekalkan oleh Rusia," kata Abbott.
Menurut beliau, siasatan itu mestilah "penuh, menyeluruh, tidak memihak" demi keadilan kepada mereka yang meninggal dunia serta waris-warisnya.
"Setiap hati kita bertangguh, lokasi itu tercemar … Lokasi itu perlu dikuasai. Siasatan mesti berjalan dan jujurnya, sesiapa yang cuba mengganggu (siasatan), mereka itu tidak sukakan keadilan dan keamanan," katanya.
Australia mengirimkan Menteri Luarnya, Julie Bishop ke NewYork pada Sabtu malam untuk mengetuai kempen negara itu mendapatkan ketetapan Majlis Keselamatan PBB menjamin siasatan bebas tragedi itu.
Pendirian tegas Abbott terhadap Rusia mendapat sokongan pemimpin pembangkang Australia, Bill Shorten. Beliau malah mencadangkan kepada Abbott agar menarik balik jemputan ke atas Presiden Vladimir Putin untuk hadir ke Sidang Kemuncak G20 di Brisbane pada November ini jika Rusia tidak bekerjasama dalam siasatan.
Agensi
Sat Jul 19 2014
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.