awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha berterusan perlu dilakukan perkukuh struktur perkhidmatan awam - PM Anwar

Bernama
Bernama
22/04/2025
08:52 MYT
Usaha berterusan perlu dilakukan perkukuh struktur perkhidmatan awam - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) di sini pada Selasa. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memperkukuh struktur perkhidmatan awam agar kekal mampan, responsif dan sejajar dengan keperluan semasa negara.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan usaha berterusan untuk memperkukuh struktur perkhidmatan awam agar kekal responsif dan sejajar dengan keperluan semasa negara.
  • SSPA menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) mulai Disember 2024, dengan fokus kepada prestasi, kesejahteraan penjawat awam, dan pemberian ganjaran berasaskan prestasi.
  • Di bawah SSPA, penjawat awam akan menerima pelarasan gaji secara berfasa, termasuk 15% untuk Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan Profesional, serta 7% untuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibangkitkan beliau sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2025, pagi ini.
"Susulan kejayaan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 1 dan melalui proses libat urus yang berterusan, pelbagai cadangan inisiatif dasar baharu perkhidmatan awam telah dibincangkan.
"Ini termasuk mengenai mobiliti dan portabiliti penjawat awam, demi memastikan mereka lebih berdaya saing di masa hadapan," kata beliau menerusi catatan di Facebook.
Perdana Menteri berkata beliau percaya bahawa pembaharuan itu harus dilaksanakan secara teliti dan inklusif, dengan mengutamakan kepentingan rakyat, kebajikan penjawat awam serta kemampuan fiskal negara.
SSPA menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa pada 1 Dis 2024 mengutamakan prestasi perkhidmatan awam dan mendahulukan kebajikan penjawat awam.
Ia dirangka sebagai satu sistem saraan yang berteraskan kepada aspek prestasi, selaras dengan hasrat untuk memastikan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam dan menjaga kesejahteraan pegawai, prinsip pemberian ganjaran berasaskan prestasi dan tatakelakuan.
Di bawah SSPA, pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim berkenaan, akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa iaitu lapan peratus bagi Fasa 1 pada Dis 2024, manakala tujuh peratus untuk Fasa 2 pada Jan 2026.
Sementara itu, Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) akan menerima pelarasan gaji tujuh peratus dengan empat peratus bagi Fasa 1 dan tiga peratus bagi Fasa 2.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#struktur perkhidmatan awam
#Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam
#SSPA
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan