Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belaga, Liwan Lagang mengesahkan salah seorang mangsa yang dilaporkan hilang telah selamat.
Menurut beliau mangsa yang dikenali Simon Patrick membuat laporan polis di Balai Polis kapit petang Jumaat.
Jelas beliau engan laporan itu menyaksikan jumlah mangsa yang masih hilang berkurangan kepada tiga orang.
Liwan turut mengesahkan terdapat pertambahan jumlah penumpang bot kepada 208 orang.
Ini adalah kerana terdapat tiga orang penumpang yang menaiki bot tersebut membuat laporan polis selepas menyedari nama mereka tiada dalam senarai penumpang selamat.
Beliau turut memaklumkan operasi menarik bot karam tersebut ditangguh selama sehari.
Ia bagi memastikan petugas keselamatan dapat mencari alternatif lain dalam menarik bot tersebut.
Sementara itu operasi mencari tiga lagi mangsa yang hilang akan diteruskan seperti biasa.
Pasukan keselamatan masih gagal menarik bangkai bot bagi mencari mangsa yang masih hilang.
Menurut Ketua Polis daerah Belaga DSP Bakar Sebau, arus air yang masih deras menyukarkan usaha mereka dalam menjalankan tugas.
Jelasnya, walaupun berjaya menebuk lubang pada bangkai bot namun ia masih tidak dapat membantu mereka.
Tambah malang, misi mereka menjadi semakin sukar apabila tongkang yang digunakan mengalami kerosakan enjin.
Operasi yang bermula sekitar jam 8 pagi ini terpaksa ditamatkan pada jam 4 petang.
Sementara itu jenazah Tujok Lah yang dijumpai pada Rabu lalu telah selamat dibawa pulang ke Kapit sekitar jam 12.30 tengahari tadi.
Operasi mencari dan menyelamat hari ini disertai seramai 180 petugas keselamatan yang terdiri daripada polis, bomba, jabatan pertahanan awam dan pasukan perubatan.
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Fri May 31 2013
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.
Bot regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS
Bot regata yang karam di Sungai Sarawak hingga meragut nyawa lima kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), masih belum ditemukan.
Bot karam: Operasi SAR hari kedua ditangguh, tiada petunjuk baharu
JBPM telah melakukan 10 selaman setelah mengesan objek di dasar sungai, namun kesemuanya menunjukkan keputusan negatif dengan penglihatan sifar.
Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis
Peserta regata turut disaran memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan selain penganjur pertandingan perlu menyediakan bot pengiring.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap
Dia percaya anak perempuannya terperangkap di dalam satu ruang tertutup di dalam bot berkenaan.
Operasi carilamat mangsa bot karam ditamatkan
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua mangsa bot karam di perairan Kemaman ditamatkan pada 7 malam ini.
Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini
Operasi yang memasuki hari ketiga akan melibatkan sektor pencarian seluas 407.8 batu nautika termasuk di laut dan udara.
'Pertama kali Aina sertai rombongan, tak sangka bertukar tragedi'- Bapa
Kali terakhir Muhamad Husaini bertemu anaknya, Aina Husna ialah pada Khamis lalu, ketika menemani untuk membeli barangan keperluan mencandat sotong.