awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju

Bernama
Bernama
08/11/2024
08:11 MYT
2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran. - AP
JEJU : Dua orang maut manakala 12 lagi masih hilang selepas sebuah bot nelayan karam di perairan selatan Pulau Jeju pada Jumaat dengan operasi mencari sedang dijalankan, menurut laporan Pengawal Pantai.
Menurut Agensi Berita Yonhap, bot bernama Geumseong seberat 129 tan membawa 27 kru -- 16 rakyat Korea Selatan dan 11 warga asing -- ketika Pengawal Pantai menerima panggilan kecemasan pada 4.33 pagi, memaklumkan bahawa bot itu sedang tenggelam 24 kilometer dari Pulau Biyang di Jeju.
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran. Dua lagi, kedua-duanya warga Korea Selatan kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Kru yang diselamatkan melaporkan bahawa mereka sedang memindahkan hasil tangkapan ke kapal lain apabila bot itu tiba-tiba terbalik dan mula karam, menurut Pengawal Pantai.
Presiden Yoon Suk Yeol telah dimaklumkan mengenai insiden itu dan mengarahkan agensi berkaitan, termasuk Pengawal Pantai serta kementerian pertahanan dan lautan, untuk menggerakkan semua sumber dan anggota yang ada bagi menyelamatkan mereka yang masih hilang, menurut jurucakap presiden Jeong Hye-jeon.
Beliau turut menyeru agar langkah-langkah diambil untuk memastikan keselamatan anggota penyelamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kru
#bot nelayan
#bot karam
#Jeju
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan