Usaha menyelamat lapan pendatang asing tanpa izin, (PATI) yang dipercayai hilang di perairan Johor telah dihentikan pada jam tujuh malam tadi.
Sebaliknya, ia akan disambung semula pada esok.
Setakat ini, 41 mangsa berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan juga polis Marin.
Mereka adalah sebahagian daripada 49 penumpang sebuah bot pancung yang karam ekoran masalah kebocoran yang berlaku sekitar jam 5.20 pagi Isnin.
Mereka yang diselamatkan ialah 35 lelaki, 4 wanita dan dua kanak-kanak perempuan.
Kebanyakan mangsa berasal dari Lombok, Indonesia.
Bot APMM yang menyelamatkan 18 orang membawa mangsa ke Jeti Marina Tanjung Pengelih.
Manakala 19 mangsa lagi yang diselamatkan oleh polis Marin dibawa ke Jeti Sungai Rengit.