awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha modenkan sektor perikanan, bela nasib nelayan - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
16/06/2025
13:00 MYT
Usaha modenkan sektor perikanan, bela nasib nelayan - Mohamad Sabu
Mohamad berkata antara inisiatif tersebut merangkumi penaiktarafan teknologi dan kemudahan, pemantapan ekosistem keusahawanan serta sokongan menyeluruh kepada pemain industri. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan pelbagai inisiatif baharu bagi memartabatkan sektor perikanan negara ke tahap yang lebih moden dan berdaya saing, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata antara inisiatif tersebut merangkumi penaiktarafan teknologi dan kemudahan, pemantapan ekosistem keusahawanan serta sokongan menyeluruh kepada pemain industri.
"Langkah ini penting agar sektor perikanan bukan sahaja mampu menjana pendapatan mampan, malah menjamin masa depan yang lebih bermaruah, lestari dan sejahtera, khususnya untuk nelayan dalam kalangan B40," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Mohamad berkata inisiatif itu antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Nelayan (JPT-PPN) Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Tani, Putrajaya, yang turut dihadirinya hari ini.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa lebih ramai anak muda menyahut cabaran dalam bidang tersebut menerusi penyertaan di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Lumut, Perak, yang menawarkan latihan teknikal serta pakej keusahawanan lengkap termasuk bantuan geran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#keusahawanan
#anak muda
#bantuan geran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami