Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini menggiatkan usaha untuk menemukan semua mangsa menjelang petang Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Nordin Pauzi berkata, pasukan SAR telah membuat empat penerbangan helikopter ke Gunung Kinabalu sejak awal pagi ini, lapor portal berita The Straits Times Singapura.
“Hari ini, tumpuan kami adalah untuk menggerakkan 100 peratus anggota pasukan dan urusan logistik menggunakan helikopter. Kami berharap dapat menyempurnakan misi SAR dalam tujuh kali penerbangan,” ujarnya.
Difahamkan terdapat kira-kira 55 pegawai pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), polis dan malim gunung telah digerakkan dalam misi tersebut.
BACA: 13 kematian setakat ini, Sabah berkabung pada Isnin
BACA: 9 lagi mayat ditemui di Gunung Kinabalu - Masidi Manjun
Nordin memberitahu, helikopter akan mendarat di Kilometer 7.5 di Paka, sementara empat jasad mangsa telah diambil di Kilometer 4 di tempat tersebut pada Ahad.
“Kami akan terbang naik ke Laban Rata untuk meneruskan pencarian di lokasi lebih tinggi. Kami akan mengumpulkan mangsa di Laban Rata. Dengan bantuan malim gunung, kami telah mengenal pasti lokasi mangsa lain,” jelasnya.
Difahamkan, bilangan penerbangan helikopter yang digunakan dalam misi itu terhad kerana kekangan berat.
Apabila terbang di altitud tinggi, helikopter hanya boleh memindahkan bilangan anggota yang minimum ke lokasi berkenaan.
Tambah Nordin, antara cabaran besar buat pasukan menyelamat adalah mangsa yang berada di lokasi yang sukar untuk didekati, bagaimanapun pihaknya sedang menjalankan ikhtiar menggunakan peralatan dan kepakaran terbaik.
Kejadian gempa bumi di Sabah mendapat liputan besar-besaran di Singapura, lebih-lebih lagi apabila terdapat rombongan pelajar dan guru dari tiga buah sekolah dari republik tersebut yang mengikuti program pengembaraan sambil belajar.
BACA: Lapan pelajar, dua guru dari Singapura gagal dihubungi
BACA: Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu ditutup selama tiga minggu
Astro Awani
Sun Jun 07 2015
Antara cabaran besar buat pasukan menyelamat adalah mangsa yang berada di lokasi yang sukar untuk didekati, namun ikhtiar terbaik sedang diusahakan. - Gambar fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Usaha SAR digiatkan, harap temui semua mangsa menjelang petang Ahad
Media Singapura lapor tragedi secara menyeluruh berikutan terdapat rombongan besar pelajar dan guru dari republik itu ke Gunung Kinabalu.