awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usahakan 'kebun' ganja di rumah: Bekas penyanyi nasyid dituduh di mahkamah esok

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2022
10:54 MYT
Usahakan 'kebun' ganja di rumah: Bekas penyanyi nasyid dituduh di mahkamah esok
Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menanam ganja terbabit untuk kegunaan sendiri selain telah terlibat dengan penagihan dadah sejak 10 tahun lalu. - Gambar fail
PETALING JAYA: Seorang bekas penyanyi nasyid dan komposer yang ditahan atas dakwaan memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pertuduhan di mahkamah dibuat selepas polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pada jam 9 pagi oleh pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya," katanya, memetik laporan Sinar Harian, pada Rabu.
Dia turut berkata, kertas siasatan telah dilengkap dan TPR arah untuk tuduh di mahkamah.
AWANI Ringkas: 'Kebun' ganja di rumah bekas penyanyi nasyid
Suspek berusia 47 tahun itu ditahan polis bersama 17 pasu pokok ganja, yang dipercayai ditanam sejak dua bulan lalu dalam serbuan di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, Petaling Jaya, Khamis lalu.
BACA: Bekas penyanyi nasyid mungkin beli benih ganja secara 'online' - Polis
Siasatan PDRM | Artis nasyid mungkin beli benih ganja secara online
Selain itu, polis turut merampas ketulan mampat ganja seberat 214 gram.
Mohamad Fakhrudin dalam sidang akhbar pada Jumaat berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap artis itu didapati positif dadah jenis THC (ganja).
Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menanam ganja terbabit untuk kegunaan sendiri selain telah terlibat dengan penagihan dadah sejak 10 tahun lalu.
Polis juga tidak menolak kemungkinan bekas penyanyi nasyid dan komposer terkenal yang ditahan kerana menanam pokok ganja dalam rumah sebelum ini, mendapatkan bekalan benih secara dalam talian.
Topic Berkaitan
#bekas penyanyi nasyid
#komposer
#tangkapan ketagihan ganja
#pokok ganja di rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan