awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

USIM arah kakitangan kendiri, kerja dari rumah mulai esok

Bernama
Bernama
05/10/2020
15:25 MYT
USIM arah kakitangan kendiri, kerja dari rumah mulai esok
Bilik Gerakan COVID-19 USIM akan beroperasi 24 jam bagi menyelaras maklumat dan tindakan pencegahan bagi membendung penularan wabak itu. -Gambar fail
SEREMBAN:Kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 diarah untuk menjalani kuarantin kendiri dan dibenarkan bekerja dari rumah selama 14 hari bermula esok.
Naib Canselornya Profesor Dr Mohamed Ridza Wahiddin berkata ia sebagai langkah mengekang penularan wabak itu susulan beberapa kakitangan universiti berkenaan yang berhubung rapat dengan individu disahkan positif COVID-19 dan telah menghadiri program di USIM.
"Staf yang berhubung rapat dengan kontak kedua (menjadi kontak ketiga) juga tertakluk dengan kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah iaitu merujuk kepada imam, jemaah saf pertama semasa solat Jumaat pada 2 Okt di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), ahli mesyuarat bersama kontak pertama pada hari berkenaan dan staf hadir dalam Majlis Pelancaran Portal Jom Infaq USIM.
"Pengurusan universiti juga memutuskan semua staf yang bertugas di Pejabat Naib Canselor, Pejabat Timbalan-Timbalan Canselor, KITM, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri terlibat dengan pelaksanaan arahan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata ruang fizikal termasuk Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, Bilik Mesyuarat Naib Canselor dan KITM ditutup penggunaannya bermula esok hingga 8 Okt.
Katanya, Bilik Gerakan COVID-19 USIM akan beroperasi 24 jam bagi menyelaras maklumat dan tindakan pencegahan bagi membendung penularan wabak itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Universiti Sains Islam Malaysia
#USIM
#COVID-19
#kuarantin
#Profesor Dr Mohamed Ridza Wahiddin
#kuarantin kendiri
#Bekerja Dari Rumah
#WFH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan