awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

USIM tersenarai dalam QS World University Rankings

Bernama
Bernama
04/07/2023
03:49 MYT
USIM tersenarai dalam QS World University Rankings
Penarafan tersebut membuktikan USIM antara universiti terbaik dunia yang mengangkat dan memartabatkan institusi ilmu Naqli dan Aqli. - Foto FB USIM
NILAI: Buat julung kalinya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tersenarai dalam kedudukan keseluruhan 1,201 hingga 1,400 Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024.
Naib Canselor USIM Prof Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani dalam kenyataan berkata penarafan tersebut membuktikan USIM antara universiti terbaik dunia yang mengangkat dan memartabatkan institusi ilmu Naqli dan Aqli bagi konteks membangunkan keilmuan, kesarjanaan dan kemahiran dalam pelbagai bidang.
Antaranya bidang halal, kewangan dan perbankan Islam serta dakwah Orang Kurang Upaya (OKU) setanding dengan universiti terkemuka lain di peringkat antarabangsa.
"Tahun ini QS World University Rankings mengukur prestasi 2,963 institusi pendidikan berdasarkan lima indikator utama iaitu penemuan penyelidikan, hasil dan kebolehpasaran, pengalaman pembelajaran, jaringan global (nisbah staf akademik antarabangsa, jaringan penyelidikan antarabangsa dan pelajar antarabangsa) serta kemampanan penarafan QS," katanya.
Beliau berkata pencapaian membanggakan itu atas usaha dan semangat berpasukan warga USIM kepada pihak berkepentingan bagi mencapai aspirasi sebagai universiti rujukan global pada 2025.
Katanya USIM disenaraikan dalam kedudukan 501 hingga 550 bagi QS Asia University Rankings pada 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Universiti Sains Islam Malaysia
#USIM
#QS World University Rankings 2024
#universiti terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan