awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz pukul pelajar guna topi keledar didakwa 13 pertuduhan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/12/2025
05:54 MYT
Ustaz pukul pelajar guna topi keledar didakwa 13 pertuduhan
Tenaga pengajar sebuah madrasah didakwa di Mahkamah Sesyen atas 13 pertuduhan memukul pelajar menggunakan topi keledar. -Video tular
KOTA KINABALU: Tenaga pengajar yang tular di media sosial memukul pelajar madrasah dengan menggunakan topi keledar dalam satu kejadian di sebuah premis, di Telipok didakwa atas 13 pertuduhan di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Tenaga pengajar yang tular di media sosial didakwa di Mahkamah Sesyen atas 13 pertuduhan pukulan terhadap pelajar madrasah menggunakan topi keledar.
  • Polis Kota Kinabalu menegaskan siasatan kes kekerasan terhadap pelajar telah selesai dan suspek akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
  • Pihak polis menekankan tindakan tegas terhadap kekerasan, serta menyeru orang awam untuk tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan menghormati proses perundangan serta privasi mangsa.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kes tersebut telah selesai disiasat dan dibawa kepada pihak pendakwaan.
"Kes yang tercetus susulan penularan satu rakaman video pada 14 Disember lalu yang memaparkan perbuatan kekerasan terhadap pelajar.
"Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan terperinci serta membuat tangkapan ke atas suspek yang juga merupakan pengelola atau tenaga pengajar madrasah berkenaan bagi membantu siasatan," katanya.
Kasim berkata, kertas siasatan kes telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 17 Disember lalu.
"Hasil arahan yang diterima, suspek akan dituduh di mahkamah pada 22 Disember (hari ini) di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan 13 pertuduhan berasingan berkaitan kesalahan menyebabkan kecederaan," katanya dalam kenyataan.
Kasim dalam pada itu menegaskan bahawa pihaknya memandang serius sebarang bentuk kekerasan, khususnya melibatkan kanak-kanak.
"Sehubungan itu, tindakan tegas akan diambil selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.
"Orang awam juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi, tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta menghormati proses perundangan dan privasi semua pihak terlibat, khususnya mangsa," katanya.
Beliau turut memberi jaminan bahawa pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu akan menyiasat setiap kes secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang demi kepentingan keadilan serta ketenteraman awam. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah kejadian yang melibatkan tenaga pengajar di sebuah madrasah di Telipok yang dibawa ke Mahkamah Sesyen? A: Tenaga pengajar yang tular di media sosial memukul pelajar madrasah dengan menggunakan topi keledar didakwa atas 13 pertuduhan di Mahkamah Sesyen.
  • Q: Tindakan apakah yang diambil oleh pihak polis berkenaan kes tersebut? A: Pihak polis telah menjalankan siasatan terperinci, membuat tangkapan ke atas suspek yang merupakan pengelola atau tenaga pengajar madrasah, dan kertas siasatan kes dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
  • Q: Apakah kesalahan yang dituduhkan kepada suspek tersebut? A: Suspek akan dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan 13 pertuduhan berasingan berkaitan kesalahan menyebabkan kecederaan.
  • Q: Apa yang ditegaskan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu berkaitan kes tersebut? A: Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu menegaskan bahawa pihaknya memandang serius sebarang bentuk kekerasan, khususnya melibatkan kanak-kanak, dan tindakan tegas akan diambil selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.
  • Q: Apa jaminan yang diberikan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu? A: Pihak IPD Kota Kinabalu memberi jaminan bahawa setiap kes akan disiasat secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang demi kepentingan keadilan serta ketenteraman awam.

Topic Berkaitan
#topi keledar
#pukul pelajar
#ustaz madrasah
#madrasah di Telipok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan